10 Gaya Karpet Merah Terbaik di Anugerah Grammys 2025
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioAcara berprestij Anugerah Grammys kini kembali lagi! GLAM senaraikan 10 gaya selebriti berbusana terbaik di acara karpet merah dengan penampilan yang cukup menawan dan turut menjadi bualan hebat di media sosial.
Telah berlangsungnya acara berprestij Anugerah Grammys yang ke-67, acara yang cukup dinanti-nantikan oleh penggiat serta penggemar muzik dari serata dunia! Tahun ini merupakan suatu lagi tahun yang luar biasa untuk dunia muzik, memberi penganugerahan buat himpunan selebriti mengikut kriteria dan kelayakkan masing-masing. Sabrina Carpenter dan juga Charlie XCX yang sudah menjulang trofi masing-masing pada permulaan acara ini, telah menghangatkan suasana buat Anugerah Grammys tahun ini. Sementara itu, penyanyi rapper, Kendrick Lamar turut memenangi “Song and Record of The Year” dan Chappell Roan pula diiktiraf sebagai “Best New Artist”, nyata membawa bualan di seluruh media sosial.
Namun begitu, acara karpet merah yang dihadiri oleh para selebriti juga adalah antara momen yang cukup ditunggu-tunggu. Daripada Sabrina Carpenter yang hadir berbusana dari JW Anderson, sehingga lah ke Chappell Roan yang sentiasa membawa identiti uniknya hingga ke karpet merah di dalam persalinan Jean Paul Gaultier, kesemuanya memukau dengan gaya tersendiri. Lantas, menjadikan Anugerah Grammys kali ini berlangsung meriah.
Deretan Gaya Selebriti di Acara Karpert Merah Anugerah Grammys 2025
1. Sabrina Carpenter

Tampil di dalam busana berona biru yang cukup memuka, Sabrina Carpenter berbusana daripada JW Anderson serta barang kemas oleh Chopard.
2. Charlie XCX

Charli XCX memadankan busana couture Jean Paul Gaultier dan barang kemas oleh Boucherer.
3. Lady Gaga

Mengetengahkan elemen gothic, Lady Gaga memadukan busana serba hitam daripada Vivienne Westwood.
4. Gracie Abrams

Cukup anggun di dalam persalinan Chanel, penyanyi meningkat naik Gracie Abrams tampil mempersona di acara karpet merah Anugerah Grammys.
5. Billie Eilish

Penyanyi popular, Billie Eilish membawa imej cool di dalam persalinan Prada.
6. Taylor Swift

Taylor Swift tampil anggun di dalam busana custom Vivienne Westwood berona merah berkilauan.
7. Chappell Roan

Chappell Roan yang cukup terkenal dengan identiti wataknya yang berani dan unik, hadir berbusana Jean Paul Gaultier.
8. Miley Cyrus

Tampil dengan aura yang menawan, Miley Cyrus memadukan busana dari Saint Laurent oleh Anthony Vaccarello.
9. Doechii

Doechii menyarung persalinan daripada Thom Browne ketika di acara karpet Anugerah Grammys.
10. Olivia Rodrigo

Olivia Rodrigo memadankan busana dari Versace vintaj serta barang kemas oleh Tiffany & Co.
Artikel Berkaitan: Billie Eilish, The New Queen Of Grammys
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
