Ikon Fesyen: Letizia of Spain

Ikon Fesyen: Letizia of Spain

LetiziaGambar: TPGVIP

 
Epitome Anggun Rusia
Kecantikan asli wanita Sepanyol terbias daripada raut wajahnya yang sentiasa berdandan anggun. Queen Letizia of Spain adalah isteri kepada Raja Felipe VI merangkap wanita kebanyakan pertama yang diberi takhta permaisuri. Beliau wartawan juga pembaca berita, Letizia berkahwin pada 2004 dan dikurniakan dua orang puteri. Leonor, Princess of Asturias dan Infanta Sofia.
 
Dunia Kewartawanan
Menggenggam Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kewartawanan dari Universiti Complutense Madrid, beliau turut memiliki Ijazah Sarjana dalam Audiovisual Journalism. Berkerjaya sebagai wartawan, beliau pernah melaporkan dari Washington untuk pilihan raya presiden, juga siaran langsung dari Ground Zero berikutan serangan 9/11 di New York dan laporan mengenai peperangan di Iraq.
 
Disunting putera Raja
Pada 1 November 2003, dunia digemparkan dengan berita pertunangan Letizia kepada waris takhta Sepanyol, Putera Felipe VI pada 1 November 2003. Melamar Letizia dengan menyarungkan cincin emas putih bertatah 16 butir berlian Letizia langsung berpindah dan menetap di istana sehingga hari perkahwinannya. Letizia membalasnya dengan kafling emas putih bertatahkan batu nilam dan sebuah buku klasik.
 

See also
Minggu Fesyen Paris: Balmain Sarat 80-an

[soliloquy id=”41323″]

Gambar: TPGVIP

 
Ceritera Istana
Letizia merupakan calon ketiga yang diperkenalkan kepada ayahanda dan bondanya selepas calon-calon isteri sebelumnya ditolak.Biarpun calon sebelum itu, Isabel Sartorius datang daripada keluarga bangsawan namun itu bukan tiket untuk diterima bondanya sebaliknya memilih Letizia cucu seorang pemandu teksi.
 
Royal Style Icon
Sejak perkahwinannya bersama Felipe, Letizia dijulang sebagai salah satu ikon fesyen yang punya keperibadian unggul lagi bergaya minimalis. Bijak bergaya, pesonanya sentiasa memancar biarpun menyarungkan busana ringkas. Selera fesyennya tinggi dan berbeza daripada gaya tipikal Permaisuri.