Coach Lancarkan ‘&Coach’, Platform Aliran Baharu Gen Z
Terokai &Coach, projek kolaborasi Coach bersama komuniti Gen Z global yang meraikan keberanian menjadi diri sendiri tanpa perlu mengikut acuan lama.
Coach sekali lagi mencuri perhatian dunia apabila mengumumkan pelancaran &Coach, sebuah platform kandungan kreatif yang direka khas bersama komuniti, pencipta kandungan, dan penggerak budaya generasi Z. Langkah berani ini bukan sekadar kempen bermusim, sebaliknya sebuah revolusi penceritaan landskap mewah yang dibina berasaskan penyertaan dan cetusan idea generasi muda secara telus dari dalam ke luar.
Jika sebelum ini dunia kemewahan sering kali mendikte identiti dan kemahuan pengguna, Coach kini mengubah naratif tersebut. Menerusi &Coach, jenama ini membina satu rangka kerja dinamik yang memberi ruang kepada generasi baharu untuk mencorakkan identiti mereka sendiri. Menurut Joon Silverstein, Ketua Pegawai Pemasaran Coach, platform ini meneroka model baharu tentang bagaimana sebuah jenama membina relevansi dan mengambil bahagian secara aktif dalam budaya masa kini.
“Generasi ini tidak mahu mewarisi versi aspirasi yang telah ditetapkan, mereka mahu membentuk identiti mereka sendiri dan menjadi sebahagian daripada proses kreatif tersebut. &Coach dibina dengan melibatkan pencipta kandungan Gen Z dan ratusan pengguna sejak hari pertama,” jelas beliau.
Barisan Bintang Global Berjiwa Bebas
Fasa pelancaran &Coach menampilkan barisan personaliti berpengaruh daripada pelbagai latar belakang termasuk muzik, filem, sukan, dan aktivisme. Antara nama besar yang menghiasi platform ini termasuklah ikon muzik Charli xcx dan PinkPantheress, aktivis dan pemenang Hadiah Keamanan Nobel Malala Yousafzai, pelakon Avantika, bintang sukan tenis Iga Świątek, sehinggalah kepada kumpulan gadis K-Pop sensasi, KiiiKiii.




Naratif &Coach dipaparkan menerusi penceritaan digital yang intim dan penuh emosi menangkap momen-momen tulen tanpa tapisan. Sama ada ia detik Charli xcx bermuhasabah sebelum melangkah ke era muzik baharu, atau susunan debaran kumpulan KiiiKiii di belakang pentas sebelum persembahan sulung mereka, setiap kisah mencerminkan transisi kehidupan yang sangat dekat dengan jiwa remaja. Menariknya, beg tangan ikonik Coach seperti beg Tabby tidak lagi diletakkan sebagai simbol status semata-mata. Sebaliknya, ia hadir secara semula jadi sebagai peneman setia yang memperkasakan keyakinan diri tanpa membatasi ekspresi peribadi pemakainya.
Artikel berkaitan: GLAM It Girl: Elena. C
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
