10 Gaya Berani Selebriti Di Minggu Fesyen Paris 2024 - Glam Malaysia
10 Gaya Berani Selebriti Di Minggu Fesyen Paris 2024

10 Gaya Berani Selebriti Di Minggu Fesyen Paris 2024

Minggu Fesyen Paris kembali, sekali gus menghimpunkan bintang dari segenap penjuru industri hiburan dan fesyen.

Walaupun tidak berjalan di pentas peragaan, selebriti tidak melepaskan peluang untuk tampil bergaya dalam persalinan rona berani, garis leher seksi dan aksesori yang menarik perhatian.

Berikut penampilan paling berani di Minggu Fesyen Paris pilihan Glam

 

Zendaya muncul di pertunjukan fesyen Schiaparelli dalam gaun hitam rekaan jenama itu. Ia menampilkan leher turtleneck, perincian 3D di sepanjang lengan dan skirt satin dengan belah seksi.

minggu fesyen paris 2024

 

Anya Taylor-Joy menyerlah dalam gaun renda romantis rona merah yang dipadankan dengan but kombat hitam di pertunjukan fesyen Dior.

minggu fesyen paris 2024

 

Jennifer Lopez menyaksikan pertunjukan Schiaparelli di Minggu Fesyen Paris dalam baju turtleneck putih yang dipadankan bersama leggings hitam. Paling mencuri perhatian adalah kot putih dengan 7,000 kelopak bunga ros segar yang disarungnya. Gayanya disempurnakan dengan tas tangan dan kasut sedondon serta cermin mata emas.

 

Rihanna berjaya memadankan couture dengan eleman gaya jalanan di pertunjukan Dior. Penyanyi ini menyarung gaun midi hitam bersama jacket puffy, tali pinggang dan topi serba hitam. Kasut tumit tinggi rona putih menyerikan penampilannya.

See also
Direktori Fesyen Malaysia

minggu fesyen paris 2024

 

Hunter Schafer anggun dalam gaun asimetri rona hitam bersama garis leher berani. Sepatu dan kalung bunga 3D yang melingkari lehernya amat mencuri perhatian.

minggu fesyen paris 2024

 

Aktres Brazil, Gkay tampil persis penari balet di Minggu Fesyen Paris dalam persalinan merah terang. Penampilannya disempurnakan dengan celana ketat rona sedondon, barang kemas rona emas, serta sarung tangan dan kasut berwarna hitam.

 

Bella Thorne menggayakan sut baldu Schiaparelli rona hitam bersama perincian bulu di bahu serta butang emas di bahagian dada dan lengan. Gayanya disempurnakan dengan topi besar dan sepatu rona sedondon.

 

Selebriti lelaki juga tidak kalah bergaya…

Pharrell Williams yang dilantik menjadi pengarah kreatif Louis Vuitton pada 2023 dilihat menggayakan persalinan berinspirasi koboi menjelang pertunjukan pakaian lelaki. Penampilannya dilengkapkan dengan but dan topi koboi serta cermin mata gelap.

minggu fesyen paris 2024

 

Penampilan Andrew Garfield di pertunjukan pakaian lelaki Loewe hampir sempurna! Dia kelihatan chic dalam baju panas merah terang yang dilapisi dengan kot rona kelabu.

See also
7 Trend Selebriti Hollywood Kala Musim Panas

minggu fesyen paris 2024

 

Lewis Hamilton menyarung persalinan Dior yang merangkumi baju panas, kot trench dan celana berkaki lebar rona coklat. Sniker rona sedondon dan cermin mata rona jingga menambah elemen gaya jalanan pada penampilannya.

 

Foto: Page Six/Getty Images/Shutterstock

Baca: Selebriti Di Barisan Hadapan Pentas Minggu Fesyen Paris 2024