Kemilau Tiffany & Co Pada Penampilan Selebriti di Cannes 2025

Kemilau Tiffany & Co. Serlahkan Gaya Selebriti Di Cannes 2025

Festival Filem Cannes bukan sekadar meraikan naskhah hebat dunia perfileman. Ia turut menjadi pentas megah untuk selebriti antarabangsa mempamerkan gaya mewah dan elegan termasuklah dengan kemilau Tiffany & Co pada tahun ini.

Tahun ini, beberapa bintang tampil mempesona dengan kemilau Tiffany & Co, yang merupakan jenama barang kemas tersohor dan eksklusif. Setiap helaian busana yang mereka sarung menjadi lebih lengkap dengan kilauan berlian dan batu permata yang dipilih khas.

Natalie Portman Elegan Dalam Gaya Klasik

Natalie Portman memukau di tayangan perdana filem Cannes dengan gaun Dior Haute Couture yang merupakan rekaan semula gaun ‘Junon’ dari koleksi musim luruh/sejuk 1949. Gaun ini menampilkan bodice tanpa tali yang dihiasi manik-manik halus dan skirt berlapis yang menyerupai kelopak bunga berkilauan.

Natalie digayakan dengan kalung Wave yang mengagumkan daripada koleksi Blue Book 2025: Sea of Wonder, diperbuat daripada emas putih dan kuning 18k serta dihiasi berlian berjumlah lebih 90 karat. Penampilannya disempurnakan dengan subang dan cincin berlian dalam emas putih 18k, dengan jumlah berlian melebihi 18 karat.

See also
12 Koleksi Onitsuka Tiger Musim Bunga/Panas 2023 Pilihan GLAM

Rosie Huntington-Whiteley Tampil Anggun Dengan Kilauan Berlian

Supermodel dan pelakon terkenal, Rosie Huntington-Whiteley mencuri tumpuan di tayangan perdana filem Nouvelle Vague dengan gaun merah menyala rekaan Balenciaga. Potongan off-shoulder yang dramatik dan struktur yang tajam menyerlahkan siluet anggun beliau.

Rosie menggayakan rangkaian penuh rekaan Tiffany High Jewelry yang mewah, termasuk kalung platinum dengan berlian utama melebihi 18 karat serta hiasan berlian berjumlah lebih 69 karat. Beliau turut memakai subang emas putih 18k dengan berlian berjumlah lebih 30 karat kemilau Tifanny & Co dan cincin platinum yang menampilkan berlian melebihi 11 karat bersama perincian berlian yang memukau.

Adria Arjona Menyerlahkan Dengan Kemilau Tiffany & Co

kemilau tiffany & co selebriti di Cannes 2025

Adria Arjona tampil menawan di tayangan perdana Splitsville dengan gaun hijau zamrud rekaan Louis Vuitton. Rekaan tanpa tali itu menampilkan potongan moden yang menekankan susuk tubuh beliau. Manakala perincian fabrik yang tersusun rapi memberikan sentuhan dramatik namun tetap feminin.

Warna hijau yang mewah menaikkan seri wajah Adria di karpet merah tersebut. Beliau menggayakan aksesori kemilau Tiffany & Co kalung dan gelang Tiffany High Jewelry dalam platinum yang dihiasi berlian campuran berjumlah lebih 59 karat melengkapkan penampilannya. Beliau turut mengenakan subang platinum berlian berjumlah lebih 14 karat, serta dua cincin platinum, satu dengan berlian melebihi 9 karat dan satu lagi dengan batu tsavorite melebihi 7 karat.

See also
#HerStory: Manifestasi Perlindungan, Ikatan Abadi Termewah

Zoey Deutch Membawa Pesona Klasik Dan Mewah

kemilau tiffany & co menerusi penampilan selebriti di cannes 2025

Zoey Deutch tampil memukau di tayangan perdana Nouvelle Vague dalam gaun rekaan Chanel yang memancarkan aura klasik dan keanggunan abadi. Gaun bertali halus itu dihiasi perincian berkilau yang lembut, menonjolkan gaya feminin yang tidak keterlaluan.

Zoey menggayakan rekaan Tiffany High Jewelry yang elegan, termasuk kalung platinum dengan berlian berjumlah lebih 44 karat. Tidak lupa padanan subang platinum dengan berlian melebihi 5 karat bersama perincian berlian, serta cincin platinum yang menampilkan berlian utama melebihi 15 karat lengkap dengan hiasan berlian. Penampilannya disempurnakan dengan kemilau Tiffany & Co; gelang Tiffany Victoria® Mixed Cluster dalam platinum, dihiasi berlian berjumlah 15 karat.

Kemilau Tiffany & Co Yang Klasik

Tiffany & Co sekali lagi membuktikan keunggulannya sebagai jenama pilihan bintang terkenal di pentas antarabangsa. Gaya selebriti seperti Rosie Huntington-Whiteley, Natalie Portman, Adria Arjona dan Zoey Deutch memperlihatkan bagaimana aksesori yang indah mampu melengkapkan keseluruhan penampilan. Kilauan berlian bukan sekadar hiasan, ia adalah simbol keanggunan, kekuatan dan cita rasa tinggi. Dengan rekaan yang abadi dan eksklusif, Tiffany & Co kekal relevan serta menjadi lambang kemewahan sejati.

See also
Trend - Rangkaian Home & Accessories Tiffany & Co.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Sorotan Terhangat di Hari Pertama Filem Festival Cannes 2025