Tod’s Umum HAN Stray Kids Sebagai Duta Global Terbaharu
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioBintang Stray Kids, HAN, kini menyertai keluarga Tod’s sebagai duta jenama terbaharu, mempertemukan pengaruh global generasi muda dengan warisan pertukangan Itali yang menjadi identiti label mewah itu.
Dunia fesyen mewah dan fenomena K-pop terus bergerak seiring apabila Tod’s mengumumkan pelantikan HAN sebagai duta jenama terbaharunya. Nama HAN bukan lagi asing dalam kalangan peminat muzik global, yang mana cukup dikenali kerana bakatnya yang pelbagai, daripada persembahan di atas pentas hingga penglibatannya dalam proses penulisan dan penciptaan lagu. Dengan personaliti yang autentik serta pengaruh yang semakin berkembang di peringkat antarabangsa, kehadirannya membawa dimensi baharu kepada industri moden kini yang sedang dibentuk oleh Tod’s.

HAN Stray Kids Menyertai Keluarga Tod’s
Di sebalik setiap koleksi Tod’s terletaknya komitmen terhadap pertukangan Itali, kualiti premium serta rekaan yang melangkaui trend semasa. Nilai inilah yang menjadikan jenama tersebut kekal relevan dari satu generasi ke satu generasi. Pelantikan HAN juga dilihat sebagai pertemuan dua dunia yang berkongsi falsafah serupa, menghargai keaslian, kreativiti dan ekspresi individu. Pada masa yang sama, kerjasama ini turut mencerminkan usaha Tod’s untuk mendekati khalayak yang lebih muda tanpa mengabaikan identiti warisan yang telah lama menjadi tunjang jenama.

HAN juga dikhabarkan bakal membuat penampilan rasmi pertamanya bersama Tod’s, bersempena pertunjukan koleksi lelaki di Minggu Fesyen Milan pada 21 Jun ini. Momen tersebut menandakan permulaan kepada pelbagai projek yang akan datang, sekali gus memperlihatkan hubungan antara daya tarikan kontemporari bintang dari Korea Selatan ini dengan nilai tradisi yang dipegang oleh Tod’s. Dengan pengaruh global yang dimiliki HAN serta imej sofistikated yang menjadi identiti rumah fesyen dari Itali ini, kolaborasi antara dua nama besar ini dijangka membuka lembaran baharu yang meraikan gaya, ketukangan dan kemewahan dalam bentuk yang lebih segar dan dekat dengan generasi masa kini.
Artikel berkaitan: Seni Budaya, Tod’s Hadirkan Koleksi Lunar 2022 Edisi Terhad
Artikel Berkaitan
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Capri Season! Ketahui Cara-Cara Menggayakannya
Siapa di Barisan Hadapan Acara Louis Vuitton Men’s SS27
Menjengah Gaya Musim Panas Kate Spade New York 2026
Harry Styles Di Dalam Liga Fesyennya Yang Tersendiri
Beg Tangan Coach Pilihan GLAM Buat Gaya Musim Panas Anda
Laufey Dalam Kilauan Koleksi Ruban Oleh Chanel
Pilihan Bacaan Seterusnya
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Capri Season! Ketahui Cara-Cara Menggayakannya
Menjengah Gaya Musim Panas Kate Spade New York 2026
Siapa di Barisan Hadapan Acara Louis Vuitton Men’s SS27
Harry Styles Di Dalam Liga Fesyennya Yang Tersendiri
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
