Alessandro Michele Debut Koleksi Valentino Lebih Awal Dari Yang Dijangka!
Baru sahaja dua bulan di Valentino, Alessandro Michele tampil beri kejutan. Dia hadir dengan koleksi debut semalam lebih awal daripada yang disangka. Ramai juga memperdebatkan koleksinya itu.
Ketika sedang sibuk lagi dengan minggu fesyen Milan yang berlangsung minggu lalu, tiba-tiba dunia fesyen dikejutkan dengan sebuah koleksi yang ditampilkan oleh rumah fesyen Valentino. Lebih menarik lagi, ianya adalah koleksi debut Alessandro Michele, Pengarah Kreatif terbaru yang dilantik jenama ini dua bulan yang lalu.
Begitu cepat dan tidak disangka-sangkakan. Ini kerana ramai yang sudah tahu jadual sebenar debut Alessandro Michele di Valentino adalah pada September 2024 nanti, di minggu fesyen Paris.

Dia yang merupakan bekas Pengarah Kreatif Gucci telah tampil dengan koleksi Pra Musim Bunga 2025 buat Valentino dalam bentuk lookbook yang dikongsi di media sosial semalam. Koleksi co-ed ini diberi nama ‘Avant les Débuts’ yang memberi makna ‘sebelum sesebuah permulaan’ menampilkan helaian mewah seperti kot bulu berkolar, gaun mini stail ruffle juga pelbagai lagi koleksi bercorak. Sangat “Michele code”!
Corakan houndstooth, plaid, leopard, dan paisley sesungguhnya tidak lari daripada identiti Michele. Dan ini bukanlah sebuah koleksi debut berskala kecil, di Valentino, Alessandro Michele melancarkan lebih 171 looks buat helaian ready-to-wear bersama 93 aksesori. Bukan itu sahaja, koleksi ini sebenarnya berinspirasikan daripada koleksi putih Sfilata Bianca tahun 1968 oleh Valentino Garavani.
Anda boleh melihat koleksi ini dengan visi yang mengadunkan gaya mewah era Victoria bersama gaya punk. Cukup fun dan playful. Namun, dapat terlihat untuk Valentino, Michele menerapkan elemen vintaj dan daripada segi pemilihan warnanya, dia memilih palet yang lebih terang dan sejuk.
Malah, koleksi ini punya perbezaannya tersendiri berbanding eranya di Gucci. Di Valentino, Alessandro Michele tampil dengan koleksi lebih anggun, lembut dan terkawal. Ramai yang mempersoalkan sebelum ini sama ada Alessandro Michele akan mengekalkan estetika signaturnya iaitu gaya eksentrik keterlaluan juga mengetengahkan stail bebas jantina, jawapannya sudah tentu! Tidak sabar untuk menantikan koleksinya pada September ini buat musim luruh/sejuk.
Artikel Berkaitan
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpiece...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.


