Halston, Kisah Menarik Tentang The King Of Nightlife

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kini sedang hangat di Netflix, kisah ducodrama tentang pereka fesyen Amerika bernama Halston. Dia ini adalah insan penting dalam merubah aliran fesyen wanita Amerika Syarikat dengan menghasilkan rekaan yang lebih bersifat urban. Cita rasanya cukup ringkas dan sentuhan minimalist menjadi resminya. Drama tentang Halston di Netflix yang mempunyai lima episod dilakonkan dengan cemerlang oleh Ewon McGregor. Setiap scene drapping yang dilakonkan olehnya itu mendekatkan lagi penonton dengan kehebatan asli pereka fesyen ini. GLAM mahu berkongsi kisah menarik yang melonjakkan nama Halston dalam persada fesyen Amerika Syarikat dan membuat orang fesyen Paris beri tanda hormat padanya.

halston
Bersama Virna Lisi melihat topi rekaanya

Berasal daripada Des Moines, Iowa, sejak kecil lagi Ray Halston Frowick sudah mencintai dunia seni rekaan. Dari minat hobi mereka vaju dan topi buat ibunya, lantas membuahkan cita-cita sebagai milliner. Usai tamat penggajian di Indiana University dan Art Institute of Chicago, dia terus berkerja sebagai pembuat topi buat Lilly Dache. Kemudiannya bakatnya disambar oleh Bergdorf Goodman pada 1959. Momen penting buatnya sebagai milliner adalah apabila bekas First Lady of America, Jacqueline Kennedy menyarungkan topi pillbox rekaanya ke acara pertabalannya suaminya sebagai Presiden buat Amerika Syarikat.

Jacqueline Kennedy menyarungkan topi rekaan Halston

POST A COMMENT