Musim Anugerah 2021: Who We Love (so far)? - Glam Malaysia
Musim Anugerah 2021: Who We Love (so far)?

Musim Anugerah 2021: Who We Love (so far)?

Awards season are back! Kala krisis pandemik melanda, teka-teki mengenai penganjuran anugerah, apakah terus berlangsung atau ditangguhkan, kini terjawab. Mana mungkin pandemik dapat menghalang aktiviti-aktiviti seni. The show must go on. Pun begitu, pihak-pihak yang bertanggungjawab bertindak untuk menganjurkan kesemua anugerah penting dalam bentuk virtual. Semua nominasi akan hanya menonton dan meraikan kemenangan hanya dari rumah. Busana mewah tetapi dipakai, walaupun sekadar duduk di rumah.

Setakat ini, dua acara penting telah berlangsung jayanya. 2021 Golden Globes dan Critics Choice Awards telah berlalu dan GLAM menyaksikan banyak selebriti wanita juga lelaki yang tampil stylish, kreatif dan energik. Para nominasi tetap anggun dalam pilihan gaun masing-masing. Malah, setakat ini ada yang telah mencipta penampilan ikonik yang sewajarnya bergelar paling stylish. But wait, Oscars and Grammys are coming soon. Mungkinkah muncul penampilan selebriti lain yang bergelar ‘best dressed’? Apa pun, GLAM memilih lima penampilan dan ‘look’ yang dianggap stylish setakat ini.

  1. ANNA TAYLOR-JOY
See also
GLAM NEXT FACE: The World Always Revolves Around Nasha Aziz

Bintang muda ini bijak memilih gaun yang sesuai dengan keperibadiannya. Meskipun, menyarung gaun couture, ia langsung tidak menenggelamkan usia sebenarnya. Anna masih kelihatan muda selari dengan usianya. We love her in emerald green gown by Dior Haute Couture. Ikonik. Drama. Tetapi, sayangnya kita tidak dapat menyaksikan gaun sehebat itu melewati permaidani merah yang sebenarnya. But, that’s okay. Magis karpet merah kekal kelihatan. Di Critics Choice Awards pula, Anna memilih rekaan Dior sekali lagi yang direka selama 200 jam. Gaun tersebut cukup feminin, namun ada ketegasan pada siluetnya. Look tersebut diambil dari himpunan Dior Couture musim bunga/panas 2020. What’s next for Anna?

2. REGINA KING

Siapa expect Regina King can look so stunning this time around? Regina tampil cukup stylish sewaktu menghadiri kedua-dua acara tersebut. Dan Regina memilih gaun moden Louis Vuitton sebagai penampilan utamanya di 2021 Golden Globes. Gaun ‘asymmetrical’ yang baluti jemaki sudah cukup untuk menghangatkan malam anugerah tersebut. Penampilan yang ‘glitzy’ tanpa kelihatan sarat, benar-benar bersesuaian dengan acara yang merai kemenangan mereka yang terlibat. Untuk Critics Choice Award, Regina kills in Atelier Versace.

See also
The 'IT' Bag-Mulberry the Alexa

3. ANDRA DAY

Andra Day dalam Chanel. WOW! Musim anugerah dibuka dengan beberapa look yang ikonik, termasuklah Andra Day dalam Chanel. Tak cukup di Golden Globes, Andra Day sekali lagi menawan dalam Chanel di Critics Choice Awards. Di Golden Globes, rekaan Chanel tersebut diambil dari himpunan Chanel’s Summer 21 Haute Couture, namun diolah penggayaannya mengikut identiti Andra sendiri. Gaun kelabu yang mengikut tubuh, diserlahkan dengan potongan leher halter, kemudiannya diperindahkan dengan skirt tulle untuk menafaskan gaya karpet merah. Butiran jemaki yang sarat pada bahagian tubuh gaun memercik gaya mewah. We would say, it’s a typical red carpet look but we are not complaining it.

4. EMMA CORRIN

GLAM anggap pemilihan gaun Emma Corrin untuk kedua-dua acara penting itu adalah satu pilihan yang ‘risky’. Miu Miu di Golden Globes dan Schiaparelli di Critics Choice Awards. We love it but kurang pasti apakah penampilan tersebut kelihatan sesuai sekiranya berjalan di karpet merah. Will it look like a costume? Gaun berkolar ruff ciptaan Miu Miu sememangnya pilihan yang tepat. Menurut stylist-nya, Harry Lambert, pelbagai inspirasi tercetus disebalik rekaan gaun Miu Miu tersebut. Walau bagaimanapun, Emma Corrin mencipta sejarah peribadi, bila mana julung kalinya memakai gaun Couture sewaktu musim anugerah dengan memilih busana Schiaparelli. Fashion icon in the making.

See also
"Sunshine Shopper Bag", Lambang Estetik FENDI

5. MARIA BAKALOVA

S-T-U-N-N-I-N-G. Nama Maria Bakalova masih baharu dalam arena karpet merah, tetapi gaun Prada yang disarungnya sewaktu Critics Choice Awards akan kami ingati namanya sampai bila-bila pun. Gaun hitam yang dihiasi reben bow kristal menonjolkan ketegasan gaya. Penampilannya dilengkapi cekak kristal yang menonjolkan aspek feminin. Tersangatlah chic. We are digging this look on her. Pastinya, antara penampilan karpet merah yang terbaik dalam musim ini.

Artikel berkaitan: Anya Taylor Joy Curi Tumpuan Mata Fesyen