Sentuhan Magis Jimmy Choo Buat Perkahwinan Mewah Chryseis Tan
CEO kepada Berjaya Times Square, Chryseis Tan juga sering dikenali dengan gaya hidup mewah yang dikongsikannya melalui akaun Instagram, @chrystan_x, menjadi antara wanita berjaya di Malaysia yang sering dipandang tinggi oleh kaum wanita. Walaupun sudah sah bergelar suami dan isteri pada bulan Februari yang lalu, baru-baru ini Chryseis dan suaminya, SM Faliq Nasimuddin, telah meraikan cinta mereka dalam sebuah majlis resepsi yang dihadiri oleh saudara-mara dan kenalan rapat. Sepanjang kembara perkahwinan mereka ini, GLAM amat tertarik dengan sepatu yang dikenakan oleh Chryseis yakni hasil rekaan jenama terkenal, Jimmy Choo.
A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia) on
Bagi mengucapkan penghargaannya kepada 10 orang pengapitnya, Chryseis telah mengadakan sebuah bridal shower peribadi dan menghadiahkan mereka sepasang sepatu Jimmy Choo eksklusif untuk teman-temannya itu. Mereka juga merupakan antara golongan pertama yang menggunakan khidmat Made-To-Order yang diperkenalkan oleh jenama ini buat julung kalinya.
[envira-gallery id=”81833″]
Kesemuanya telah memilih siluet klasik Jimmy Choo kegemaran mereka dan pada tapak setiap sepatu tersebut juga terpapar monogram “❤C” untuk mereka memperingati hari istimewa ini. Setiap sepatu ini juga merupakan 10 pasang pertama yang menggunakan material khas, Dusty Glitter Platinum, yang dijangka bakal ditawarkan kepada pihak umum menjelang September akan datang.
Chryseis sendiri mengenakan sepatu Cinderella oleh Jimmy Choo bertatahkan 7000 kristal Swarovski.

Gambar Jimmy Choo
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
