Related Stories

Apabila sedang berbual tentang model-model tempatan alaf millennial, hembusan nama Alicia Amin pasti menjadi topik hangat! Kepada sesiapa yang mengenali Alicia secara personal, pasti anda terkejut akan personaliti lembut dan peribadi ramah beliau yang cukup berbeza akan kontras luaran diberinya — edgy, bold and daring!
Alicia bukanlah orang asing dalam pentas peragaan — beliau sudah lama menempa nama dan melakar sejarah sohor tersendiri! Berbintangkan zodiak Gemini, peragawati ini juga merupakan salah seorang dari 14 finalis bagi rancangan Asia’s Next Top Model siri ke-5!
Ketika beliau sedang dibelenggu perihal seorang gadis fesyen, GLAM berkesempatan meluangkan sedikit masa bersama It-Girl KL ini. Ingin mengenali gadis tinggi lampai ini? Read on!

1. Prinsip kehidupan yang anda pegang?
“If you don’t want people to find out, don’t do it”
2. Apakah rutin atau rejim kecantikan anda?
Saya akan mulakan dengan mencuci muka bersama Philosophy atau Envie De Neuf. Jika saya tidak akan lakukan apa-apa perkara berat pada hari tersebut, saya akan menggunakan mask, pelembap dan serum dari Envie De Neuf dan biarkan kulit bernafas.
Jika sedang bekerja, saya akan tinggalkan rumah tanpa sebarang calitan produk dan sejurus habis, saya akan gunakan Take the Day Off oleh Clinique, scrub bersama 24k Gold Exfoliant dari Envie De Neuf dan kemudiannya sapu pelembap sebelum serum pilihan.

3. Pembelian yang anda paling menyesal?
Setiap. Satu. Tiket. Pulang. Dari. Sabah! (Saya sering terlepas penerbangan ke KL & end up extending!)
4. Where is your favourite place to escape to?
Jika di Malaysia, Sabah dan Pulau Tioman. Saya telah ke Melbourne sekali sejak meninggalkannya lapan bulan lalu dan saya akan kembali pada musim bunga nanti — I guess my old home will be my new escape.

5. Di mana kamu lihat diri anda dalam jangka 10 tahun?
Saya ingin melihat diri ini sudah berkahwin, tetapi tiada zuriat lagi, menetap di Eropah atau Australia, making the world a better place to live in, melalui pekerjaan atau mengurus NGO atau sesebuah sistem yang menyokong pendidikan dan kesihatan.
6. Di manakah GLAM boleh mencari anda di pagi Ahad?
Jika di KL, masih di katil. Jika di Sabah pula, di pantai atau kopitiam tempatan, sedang bersarapan pagi.

7. Rona gincu kegemaran?
Saya sudah diperangkap oleh kepenggunaan kerana saya akan membeli apa jua gincu yang sesuai buat warna natural bibir, tetapi dari kesemua jenama, dan setiap kemasan — matte, gloss etc. ?
8. Apakah fesyen signatur atau stail peribadi anda?
Basic. Saya sering cenderung akan gaya kasual dan siluet “malas”. Namun demikian, ramai sering kaitkan stail ini dengan sifat andgrogini, so I’ll take it.

9. Jika takdir tidak memandu ke mana anda sekarang, di mana anda rasa anda berada?
Saya rasa saya akan masih menuntur psikologi di RMIT, dan akabn pulang ke apartmen di Melbourne Utara, yelling at my cats for breaking all my glasses every other day. Not a bad life, actually.
10. Any guilty pleasures?
Saya amat gemarkan siri The Originals, sambil menikmati pizza dan nenas bersendirian!

11. “Saya paling gembira tatkala…”
… ketika rambut saya kuyup. Basah kuyup dari terjunan di laut, mahu pun dari peluh mendaki bukit, berdansa ketika hujan atau pun selepas di kamar mandi. Coincidently; I’m always happy when my hair is wet.
12. Apakah erti seorang wanita bagi anda?
Wanita? Bagi saya, wanita merupakan paradoks ketabahan dan kelembutan.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
