Aspek Nyaman & "CHIC" UNIQLO X Ines De La Fressange - Glam Malaysia
Aspek Nyaman & "CHIC" UNIQLO X Ines De La Fressange

Aspek Nyaman & “CHIC” UNIQLO X Ines De La Fressange

Pakaian yang inovatif, bermutu, punya desain universal, dan nyaman untuk digayakan sehari-hari yang merupakan nilai dari falsafah fesyen LifeWear Uniqlo. Falsafah tersebutlah yang dipegang Uniqlo setiap kali mereka koleksi perdana mereka khasnya. Untuk memberikan sentuhan moden ala wanita Perancis, label asal Jepun tersebut mengundang sekali lagi ikon Parisian, Ines De La Fressange. 

Koleksi UNIQLO/INES DE LA FRESSANGE musim luruh/dingin 2021 mempersembahkan LifeWear yang mencerminkan matlamat Ines untuk membawa “effortless French style” ke dunia. Sejumlah rekaan akan tersedia di stor utama Uniqlo dan dalam talian bermula 3 September. 

Uniqlo

Inspirasi untuk koleksi musim baru adalah keharmonian Swiss village of Rossiniere di Switzerland, yang seringnya menjadi destinasi kesukaan golongan seni kerana pemandangan gunung yang indah. Terletak di daerah Danau Geneva, pemandangan padang rumput yang terbentang di lembah gunung telah banyak mempengaruhi hasil karya para pelukis.

Rossinière terkenal dengan vila Grand Chalet, tempat peninggalan budaya bersejarah yang merupakan kediaman terakhir seniman Balthus. Ia juga merupakan destinasi pilihan Ines untuk meluangkan percutian Krismasnya. Gerobok pakaian yang bersifat selesa dengan sentuhan nostalgia sangat sesuai untuk percutian santai berlokasi di destinasi-destinasi kaya alam. Koleksi musim ini mencirikan gaya yang sofistikated cara Ines dan mencadangkan penggayaan santai namun chic. 

See also
Alessandro Michele Dilantik Sebagai Pengarah Kreatif Terbaru Valentino

Rekaan yang menawarkan potongan ringkas, pun begitu tetap memiliki suntikan chic, koleksi ini pun mudah untuk dipadupadan dengan menghasilkan gaya stylish nan moden. 

Uniqlo
uniqlo

Perkataan ‘selesa’ sesuai melambangkan koleksi baru ini yang memancarkan nostalgia dan kehangatan musim baru. Dari nuansa warna tanah seperi beige ke hijau lumut yang menampilkan kesederhaan. Banyak item menawarkan pelbagai gaya untuk wanita moden seperti poncho kait material kasmir dan gaun 3D Knit dengan siluet sederhana namun terlihat chic dan menarik. 

Koleksi ini merangkumi helaian bercetak ‘check’ atau diperindahkan dengan butiran bunga-bunga kecil untuk tampilan feminin. Padanan helaian kait berupa jaket menonjolkan sisi gaya maskulin Ines yang bijak mencampurkan elemen keindividuan melalui pengayaannya. 

Aksesori kecil lain seperti topi beret dan beg shopping yang boleh digunakan semula dalam variasi corak turut dimuatkan. Ini adalah satu koleksi bijak yang mencemerlangkan sentuhan warna dalam penampilan sehari-harian. Bersesuaian dengan semua kategori wanita tidak mengira identiti dan lapisan umur. 

#UNIQLOXINESDELAFRESSANGE

Artikel berkaitan: Toga Archives X H&M, Serlahkan Stail Individualistik

See also
15 Gaya Memukau & Gagal Menyerlah Di Oscar 2024