Victoria’s Secret Fashion Show 2017 Takluk Kota Shanghai
Bertempat di arena Mercedez-Benz, Shanghai, Victoria’s Secret Fashion Show telah mempamerkan koleksi terbaru mereka di hadapan 3000. Daripada Adriana Lima, Alessandra Ambrosio, Lais Ribeiro sehinggalah muka-muka baru seperti Estelle Chen, Grace Bol, dan ramai lagi. Pertunjukan pada hari itu juga dibahagikan kepada beberapa segmen yang mempunyai tema masing-masing.

Segmen pembukaan yakni “Punk Angel” merupakan segmen dengan ceraian terbesar dengan 23 look juga merupakan kolaborasi antara Victoria’s Secret bersama pereka fashion ternama Olivier Rousteing. Buat segmen “Porcelain Angel” pula, setiap rupa yang ditampilkan diberikan sentuhan hand-painted. Segmen “A Winter’s Tale” pula menampilkan ceraian-ceraian bermotifkan fantasi dalam musim sejuk yang penuh magikal. Segmen yang dinanti-nantikan adalah segmen “Goddesses” di mana Champagne Nights Fantasy Bra bernilai $2 juta itu diperagakan oleh Lais Ribeiro. Segmen terakhir pada malam itu ditutup dengan “Nomadic Adventure” yang turut menampilkan look istimewa Victoria’s Secret dan Swarovski yang telah menggunakan 250,000 kristal untuk menyiapkan rupa keseluruhan.

Turut diselitkan di antara setiap segmen adalah persembahan hebat daripada Harry Styles, Miguel, Jane Zhang, dan Leslie Odom Junior.
Tatap setiap look yang diperagakan oleh model-model ternama ini di atas pentas terbesar dalam sejarah Victoria’s Secret.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
