Dari Layar Perak Ke Dunia Fesyen, Sharifah Sakinah Perkenalkan Jenama Aksesori
Pelakon berbakat, Sharifah Sakinah kini mengembangkan sayapnya ke dunia fesyen dengan memperkenalkan jenama aksesori, KMO Bali, ke pasaran Malaysia. Dikenali dengan gaya peribadi yang timeless dan penuh karakter, Sharifah Sakinah membawa visi baharu dalam industri aksesori tempatan yang selama ini lebih berfokuskan kepada busana sahaja.
KMO Bali bukan sekadar jenama aksesori biasa. Setiap rekaan dihasilkan sepenuhnya di Bali, Indonesia, memastikan kualiti dan ketukangan terbaik pada setiap peringkat. Di sebalik setiap rekaan adalah teknik eksklusif yang menjadi identiti KMO Bali, dibentuk dengan sentuhan tangan dan direka sehingga menghasilkan kemasan yang halus. Didorong oleh inovasi dan berakar umbi dengan warisan ketukangan, KMO Bali terus meneroka bentuk, kemasan dan reka cipta baharu, menghasilkan fashion statement moden yang mempunyai jiwa perhiasan klasik. Setiap warna menceritakan kisah, setiap siluet bergerak dengan tujuan. Ini adalah perhiasan yang direka untuk dilihat, dirasai, dan diingati oleh Sharifah Sakinah.
1. Boleh ceritakan tentang KMO Bali?
Apabila kita melihat landskap fesyen yang ada di Malaysia pada masa ini, kebanyakan pereka menekankan dan memfokuskan kepada busana sahaja, manakala aksesori jarang sekali diberi perhatian yang sewajarnya. KMO Bali dan Pandolfo Renou ini tidak mengikut arus trend semasa. Bagi mereka yang mengenali saya, saya tidak pernah mengikut trend – saya lebih menyukai gaya yang timeless, elegan, dan mempunyai karakter tersendiri serta kisah yang mendalam di sebalik setiap busana yang saya gayakan.

Foto: @kmo.bali
2. Kongsikan tentang rekaan aksesori ini dan inspirasinya?
Setiap perincian aksesori ini diperbuat dengan sentuhan tangan oleh French artist sendiri. Dari segi inspirasi, saya ingin memberikan tribut khas kepada Jiman Casablancas yang telah memberi impak besar dalam perjalanan kreatif saya.
3. Dari mana datangnya idea untuk menghasilkan jenama ini?
Sejak saya berpindah ke Bali, saya melihat satu peluang untuk membawa sesuatu yang baharu dan berbeza. Itulah sebabnya saya memperkenalkan KMO Bali ke Malaysia – untuk membuka mata ramai bahawa aksesori di Malaysia masih sangat minimalis dan terhad. Kami tidak mahu mengambil inspirasi daripada jenama-jenama lain yang sedia ada. Justeru, ini adalah sesuatu yang belum pernah wujud di Malaysia – satu konsep maximalist yang tetap elegan.

Foto: @sharifah_sakinah
4. Siapakah Jiman Casablancas bagi anda?
Jiman adalah ikon fesyen yang sebenar bagi saya. Cara Jiman berfikir, beraksi, dan menulis, semuanya memancarkan keanggunan yang luar biasa. Saya tidak tertarik dengan istilah-istilah trend seperti “hot“, “slay”, atau “cool” – bagi saya, semuanya adalah tentang nilai timeless dan keberanian untuk menjadi diri sendiri yang autentik.
Artikel berkaitan: Sharifah Sakinah: Antara Humor, Drama Dan Emosi Di Layar
Zahirah Zulkhairi
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandungan yang dihasilkan menyelami dunia kecantikan dengan pendekatan yang segar dan dekat dengan pembaca.

