Related Stories
Gift Giving Gucci Semarak Gaya Hujung Tahun Anda
Rencana Tajaan GUCCI
Disember menjelma menandakan kemeriahan bermula. Ini juga menandakan ketibaan Krismas yang dinanti-nantikan. Kita juga mula merancang percutian bersama insan tersayang atau parti dengan teman rapat.

Dilema hujung tahun kembali lagi dan anda mula mahu memilih busana terhebat untuk disarungkan pada percutian dan acara yang perlu dihadiri. Cabaran besar adalah untuk tampil GLAM membawa persona yang anda tonjolkan saban tahun. Anda mahu tampil ringkas namun masih mengekalkan perincian khusus pada busana, sepatu atau aksesori pilihan.
Mata meneliti semua aplikasi, pandangan anda lantas melekat pada seleksi musim perayaan Gucci paling baharu. Dari tas tangan ke perhiasan hingga ke wangian dan sepatu, ternyata 2018 Gift Giving (#GucciGift) daripada Gucci tidak pernah menghampakan.
Mata tergoda dengan kasut bertatah kristal yang jalur elakstik kristalnya boleh ditanggalkan. Anda terbayangkan memakainya waktu santai siang dan menambah butiran kristal saat mahu parti di malam hari. Lebih GLAM menggayakan persalinan anda dengan GG Marmont, sebuah tas klasik metalik dalam koleksi Gucci yang sering tampil dalam versi baharu mengikut musim.
Suai padan koleksi tadi lantas membawa anda meneroka era disko seperti tarikan filem pendek arahan Petra Collins. Filem pendek ini bermula di lokasi ikonik di Itali, Le Roi di Turin yang juga lebih dikenali sebagai Sala da Ballo Lutrario.
Meraikan semangat Krismas dan tahun baru yang penuh dengan rasa ceria dan positive vibes, video tersebut menampilkan set yang penuh dengan kemeriahan luar biasa.
Menampilkan ceraian daripada koleksi Cruise 2019, GLAM memilih beberapa item kegemaran kami daripada koleksi ini:
1. Metalik Marmont
Dianggap sebagai item klasik, GG Marmont kini diberi pengolahan baru dengan kemasan metalik yang memberikan aura disco vintaj dan pada masa yang sama mempunyai elemen futuristic.
2. Kasut Flashtrek bertatah kristal
Sejak chunky sneakers mula menjadi kegilaan ramai, Gucci tampil memberi interpretasi mereka sendiri dengan Flashtrek bertatahkan kristal untuk efek kaleidoskop menawan. And oh! Kristal-kristal ini juga boleh dicabut mengikut keinginan anda.
3. Kasut Flashtrek
Buat si jejaka yang idamkan Flashtrek mereka sendiri, Gucci juga mempunyai pilihan lebih maskulin yang menggabungkan kulit dan mesh.
4. Dompet Kulit berlamina untuk wanita
Alessandro Michele membawa kembali item ikonik Gucci dengan gayanya tersendiri melalui dengan menggabungkan ciri-ciri ikonik Gucci bersama elemen lebih moden dan terkini.
5. Dompet Kulit Hitam
Gucci mengangkat lagi kemewahan dompet ini dengan menggunkan logo berunsurkan vintaj dan rona emas di atas kulit hitam yang sleek.
Lawati laman gucci.com untuk melihat paparan penuh kempen Gift Giving 2018 ini.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.






