fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Sinergi Kolaborasi Coach dan Disney
Permata Mewah Pilihan Selebriti Terkemuka
Lima Item Bulan Julai Pilihan Editor Fesyen GLAM
Lihat Gaya Santai Zahirah MacWilson Pilihan GLAM
Festival Checked List!
Home > Fesyen > Raikan Detik Istimewa Hidup anda Dengan “Bliss for Forevermark”

Raikan Detik Istimewa Hidup anda Dengan “Bliss for Forevermark”

Ikutan reaksi yang positif terhadap koleksi ‘Bliss for Forevermark,’ DeGem mengembangkan lagi koleksi popular itu dengan beberapa lagi ceraian baru untuk menganjakkan lagi status koleksi tersebut kepada mereka yang meminati rekaan menawan yang ditampilkan.

 

Cincin berlian elegen lagi bergaya daripada Bliss for Forevermark.

‘Bliss for Forevermark’ masih lagi menerapkan matlamat asal koleksi ini untuk meraikan detik-detik indah dalam hidup anda melalui rekaan dan potongan berlian yang diinspirasikan daripada perasaan kebahagiaan dan kegembiraan mutlak.

[envira-gallery id=”68835″]

Tambahan pula setiap berlian yang digunakan untuk koleksi ini merupakan berlian yang mempunyai kualiti paling bermutu dan hanya dengan kemahiran oleh pengukir berbakat sahaja yang benar-benar boleh mengupas kecantikan yang disimpan dalam berlian ini.

 

Koleksi terbaru ini juga turut merangkumi rekaan aksesori buat anting-anting, rantai dan juga cincin yag kini boleh didapatkan di mana-mana butik DeGem berdekatan anda.