Lima Stail Raya Bersama BONIA X AMELIA HENDERSON - Glam Malaysia
Lima Stail Raya Bersama BONIA X AMELIA HENDERSON

Lima Stail Raya Bersama BONIA X AMELIA HENDERSON

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kita kembali merayakan lebaran bersama keluarga dan teman-teman secara fizikal. Saat kunjung-mengunjungi nanti bergayalah dengan paduan koleksi BONIA X AMELIA HENDERSON. Tampil cantik manis seperti Amelia pada Syawal ini. 

Lima Stail Raya Bersama BONIA X AMELIA HENDERSON

BONIA mengambil inspirasi dari masa lalu dan menerokai kegembiraan era retro yang bernostalgia untuk musim perayaan ini. Istimewa musim ini, untuk kempen raya, BONIA menampilkan pelakon dan pengacara, Amelia Henderson sebagai wajah kempen. Dan melancarkan koleksi berinspirasikan raya bersama Amelia. Kempen yang menyingkap perjalanan Amelia pada masa lalu dan kemudian berevolusi ke masa sekarang. Yang mana, Amelia telah mengukuhkan namanya dalam bidang hiburan tempatan. 

Rangkaian aksesori yang menampilkan warna-warna ilham perayaan yang berani iaitu biru diraja dan jingga, koleksi BONIA X AMELIA menawarkan beg, kasut dan helaian sedia pakai yang membawa anda untuk digayakan kala kunjungan raya waktu siang ke acara perayaan moden semasa dan selepas musim raya. Bukan satu koleksi raya yang tipikal, malah cukup sesuai untuk dijadikan opsyen gaya yang santai, misalnya sewaktu melancong atau keluar bersiar. 

See also
#PFW: HERMÈS A/W 2019

Lima Stail Raya Bersama BONIA X AMELIA HENDERSON

Koleksi ini menawarkan pelbagai beg bahu dan beg silang yang praktikal, baju sejuk, gaun labuh, kasut dan kasut tumit dalam tiga warna yang diilhamkan oleh identiti kekinian BONIA juga personaliti Amelia sendiri. Satu koleksi yang cukup peribadi buat Amelia, selain itu ‘hadiah’ buat peminatnya untuk cuba tampil bergaya seperti Amelia. Yang sememangnya dikenali sebagai selebriti yang bijak bergaya.

“Working with BONIA for Raya has been a dream come true,” kongsi Amelia sewaktu acara pelancaran koleksi tersebut.

Semak lima aksesori BONIA X AMELIA HENDERSON pilihan GLAM

1) Beg silang Amelia petite