RECAP: 10 Penampilan Selebriti Di KLFW 2024!
Debaran Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) acara tahunan yang dinantikan sudah pun berakhir! KLFW berlangsung dari 29 Julai hingga 4 Ogos 2024 yang telah diadakan di kota Taman KLCC.
Pereka terkemuka Alia Bastamam, Behati, Farah Khan, Fiziwoo, Kit Woo, Nurita Harith, Rizman Ruzaini dan Syomirizwa Gupta antara yang mempersembahkan koleksi di Kuala Lumpur Fashion Week 2024. Menjelang penutupan musim Minggu Fesyen Kuala Lumpur yang ke-12 ini telah menawar acara tahunan yang menakjubkan oleh bakat-bakat pereka tempatan dengan karya unggul yang kreatif dan futuristic bagi para peminat fesyen.
Kehadiran para tetamu istimewa memberi sokongan terhadap pereka yang digemari mewujudkan momen ikonik yang tidak dapat dilupakan sepanjang Minggu Fesyen Kuala Lumpur. Dengan itu, GLAM akan berkongsi 10 penampilan selebriti dan pempengaruh digital yang tampil hadir menggayakan busana glamourous di KLFW tahun ini!
Jom imbas kembali Recap: 10 Penampilan Selebriti di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW 2024)
1. Amelia Henderson

Amelia Henderson tampak mempersona memakai dress dari karya pereka fesyen tempatan, Nurita Harith. Tambahan pula, dress satin berkod rona cokolat muted ini kelihatan gorgeous dan menggoda menghasilkan stail yang chic buat Amelia!
2. Eyka Farhana
Satin cocktail dress berona krim rekaan dari Alia Bastamam yang digayakan oleh Eyka Farhana memberi penampilan yang anggun! Alia Bastamam memang handal dalam pemilihan fabrikasi dan siluet yang feminin bila dipakai untuk acara istimewa. Fabrik satin dan rona lembut membuat Eyka Farhana lebih jelita di acara KLFW tahun ini.
3. Izara Aishah

Busana rona ombre biru metalik yang digayakan oleh Izara Aishah ini tampak modest dan manis dipandang. Meskipun berhijab, Izara tampil dengan gaya yang selesa dan elegan memakai salah satu piece daripada Alia Bastamam.
4. Ummi Nazeera

Keunikan hasil BEHATI dalam koleksi terbaharu di pertunjukkan feysen di KLFW kelmarin telah menambat hati Ummi Nazeera, yang menyarung kaftan oversize dihiaskan bersama shawl putih. Kaftan BEHATI rona kehijauan yang bercorakkan sawah padi itu kelihatan berani dan bergaya sambil menjinjit Straw Bag yang sesuai dengan vibe outfit ini.
5. Scha Alyahya

Outfit all black yang memesona dibawa Scha Alyahya tetap mengekspresikan nuansa feminim dan klasik! Pilihan tas tangan hitam Miss Dior dari Christian Dior menyempurnakan simple look ini.
6. Anna Jobling

Busana bercorak checkered print rona biru denim dan skirt pleated corak abstrak dari koleksi terbaharu Fiziwoo. Dengan itu, penampilan Anna Jobling di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2024 (KLFW) tampak sangat stylish dan chic!
7. Ain Edruce

Top rona cobalt blue yang menonjol dari Alia Bastamam pilihan Ain Edruce di KLFW harus menjadi keperluan wardrobe wanita pencinta fesyen. Dengan itu, top yang dipakai bersama but tinggi putih melengkapkan outift yang jelas mencerminkan identiti Ain Edruce yang fierce dan confident dari hujung rambut ke hujung kaki!
8. Ayra Messi

Ayra Messi (kiri) bersama Amelia Henderson (kanan) saling memberi look yang anggun dengan solekan dan gaya rambut yang tampak elegan. Begitu juga desain dress rona krim dari Alia Bastamam yang disarung Ayra di KLFW memberi pandangan yang sangat berseri sambil membawa tas Lady Dior daripada Christian Dior.
9. Tyra Kamaruzzaman

Pempengaruh digital jelita Tyra Kamaruzzaman (kiri) yang berjaya dalam bidang kecantikan jenama baharunya TK tampak stylish memakai blazer hasil karya suami tercinta, Emri Vision. Tyra turut memberi sokongan bagi pertunjukkan fesyen koleksi unggul terbaharu Abu Shaef Hamzah di KLFW.
10. Dato’ Seri Vida

BEHATI mengakhiri acara pertunjukan fesyen di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2024 dengan mengenakan koleksi pakaian yang membawa mesej yang jelas buat jenama tempatan ini. Dato’ Seri Vida terlihat berani dan tidak kekok dalam gaun berona hijau, hitam, dan putih yang dipadankan bersama tali leher merah panjang sambil membawa tas tangan bling-bling jenama Valentino.
Gambar dari: Instagram
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.

