GUCCI mempamerkan kekuatan kreativitinya dengan persembahan koleksi ready to wear yang kaya warna, menyatukan estetika dari pelbagai era ikonik GUCCI.

Kemudaan membentuk daya pikat Gucci melalui pementasan musim luruh 2023. Karakter tersebut dikisahkan melalui ragam iterasi gaya Y2K. Tentunya dengan estetika eklektik khas Gucci. Penyatuan harmoni antara siluet klasik dan elemen kontemporari, menghasilkan pelbagai pakaian yang sekaligus hangat dan terkini. Tak ketinggalan pula potongan siluet ‘90-an dari era Tom Ford untuk Gucci berpadu estetika eksentrik mengilhami spirit Alessandro Michele. Yang terlihat nyata pada koleksi ready to wear dan aksesori, seperti gancu double-G yang besar, beg tangan horse-bit dinafaskan kembali dari tahun 2003, sepatu tinggi metal spike dan beberapa lagi.
Setiap helai menunjukkan daya tarikan yang abadi, dengan perhatian teliti terhadap butiran dan bahan-bahan mewah. Sebahagian besar dari himpunan musim luruh 2023, memperlihatkan rekaan bernada anggun yang sederhana dengan kepekaan moden. Penyatuan harmoni pada siluet klasik, bersih dan fashion forward juga elemen wearable menawarkan inovasi kontemporari. Gucci memilih pendekatan yang lebih klasik, “no-season”, seperti nampaknya menjadi trend dalam fesyen pada masa ini.
Yang menariknya lagi, sejumlah koleksi pakaian yang ringkas dan kasual membawa guratan warna yang menyegarkan. Membawa keanggunan yang memberi kehangatan dan kenyamanan khas musim sejuk.
Di penghujung pertunjukan, seluruh pasukan kreatif Gucci keluar memunculkan diri dan menerima tepukan gemuruh daripada penonton. Terlihat sisi yang lebih komersial pada seluruh koleksi, membawa peralihan sempurna ke era jenama yang seterusnya.
Artikel Berkaitan
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pilihan Bacaan Seterusnya
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.




