Selamat Hari Bapa! 7 Bingkisan Sesuai Buat Bapa - Glam Malaysia

Selamat Hari Bapa! 7 Bingkisan Sesuai Buat Bapa

JANGAN LUPA 20 JUN INI ADALAH SAMBUTAN HARI BAPA. MASIH BELUM JUMPA HADIAH YANG SESUAI BUAT BAPAMU? SEMAK TUJUH AKSESORI LELAKI DARI KOLEKSI BARU DEDIKASI BAPA ATAU SUAMI. 

1)BEG GALAS

Realitinya sukar juga untuk mencari hadiah yang sesuai buat bapa. Kerana lelaki ni sebenarnya agak cerewet jika hendak membeli. Benda yang betul-betul dia suka barulah dia akan beli, walaupun harga barang itu sangat tinggi. Tetapi tak mengapa, untuk bapa yang bercita rasa tinggi dalam fesyen misalnya, seeloknya hadiahkannya beg galas dari Versace ini. Bentuknya kukuh, ruang dalam beg juga luas, makanya mudahlah untuk si bapa menyimpan item-item keperluan. Beg lama sudah boleh digantikan dengan beg galas Versace ini. Menariknya tentang beg ini adalah corak yang meliputi seluruh bahagian beg, diserlahkan lagi dengan logo Versace. 

2) SNIKER B27 DIOR

Dior baru sahaja melancarkan koleksi kapsul The Dior World Tour. Merangkumi aksesori utama lelaki dalam variasi warna bold. Antara aksesori yang menarik dalam koleksi ini adalah sniker B27 yang diolah dalam warna-warna baharu dengan menggunakan material kulit berkualiti. Hadir dalam warna yang sangat menonjol seperti biru, hitam, merah dan kuning. Jika hendak beri kepada bapa, rasanya lebih sesuai diberi sniker B27 berwarna biru. Mudah untuknya nanti untuk padankan dengan penampilan yang sesuai. Lebih istimewa lagi, ia turut dilengkapi beg kasut yang diperbuat daripada kulit untuk memudahkan sniker B27 disimpan atau dibawa kemana-mana. 

3) IWC BIG PILOT SHOCK ABSORBER XPL

Untuk sesuatu yang bermakna dan istimewa, apa kata hadiahkan bapa kamu jam tangan IWC ini. Kamu pasti ingin bapa kamu sentiasa kekal gembira, cergas dan paling penting penampilan mereka terjaga. Jam tangan mewah dari IWC ini, segala keinginan seorang lelaki dalam pemilihan jam boleh dipenuhi. Jam tangan IWC ini akan bantu bapa kamu menunjuk waktu dengan tepat dan mudah dan sekaligus menyempurnakan stail. Banyak fungsi baharu yang dilengkapi dalam rekaan baharu IWC Big Pilot. Tak sempurna stail bapa atau suamimu tanpa jam tangan yang berkualiti. 

4) KASUT PUTIH

Bapa yang moden tentunya suka pada rekaan sniker putih Louis Vuitton ini. Rekaannya ringkas, namun terdapat aspek stail yang tersemat. Tidak perlu corak atau warna-warna yang berlebihan, cukup sekadar butiran yang minimal sahaja. Lagipun, sniker putih adalah aksesori wajib buat lelaki yang matang. Sesuai juga jika bapa mahu memadankannya dengan sut hitam atau kelabu, bagi mencipta stail segar beridentitikan ‘modern tailoring’. Elok juga buat bapa yang bersifat atletik. 

5) WAIST BAG

For the cool dad. Gucci baru keluarkan koleksi Off the Grid yang merumuskan warna kelabu sebagai ilham utama. Waist bag dari koleksi ini, kami cadangkan untuk dijadikan hadiah buat bapa yang suka berfesyen. Atau yang gemar bergaya kasual, misalnya padanan kemeja T dengan seluar kargo serta sneakers. Bapa-bapa zaman sekarang semakin suka berfesyen dan tidak malu lagi hendak tampilkan gaya kekinian. Beg Gucci ini juga praktikal, mudah untuk menyimpan barang jika dibawa saat kembara. 

6) AKSESORI MEWAH

Celebrity fathers seperti Awal Ashaari atau SM Nasarudin, antara yang gemar memakai aksesori untuk menyerlahkan stail mereka. Which is very cool. Kadang-kadang mereka padankan gelang-gelang dan cincin bersama tuksedo, sekiranya hendak ke majlis-majlis fesyen. Itulah trik-trik gaya mereka yang patut si suami tiru. Gelang dan kafling dari Tiffany & Co. ini ditawarkan sempena sambutan Hari Bapa. Reka bentuknya sangat eksklusif. Bagi bapa yang bercita rasa dan bijak bermain dengan aksesori, inilah rekaan baharu yang patut dihadiahkan. 

7) THE TRAVELLER

Selain sniker, kasut slip-on dari koleksi Valencia Espadrillas rekaan Ermenegildo Zegna juga dicadangkan sebagai hadiah terutamanya buat bapa yang suka pergi melancong. Untuk musim panas 2021, Ermenegildo Zegna hadirkan kasut slip-on dalam beberapa warna termasuklah beige bermaterial suede, reka bentuk yang ringkas, bersifat ringan membulatkan tekad untuk berpelesir segera. Gaya kasual dapat ditampilkan dengan balutan jaket berlogo dan celana pendek serta kasut slip-on Tod’s ini. Makin bergaya bapamu dengan kasut slip-on dari koleksi Tod’s ini nanti. 

Artikel berkaitan: Enam Tas Ideal, Tarikan Gaya Musim Baharu

POST A COMMENT