“WEAR YOUR SHINE”, Kempen Terbaru Coach Bersama Keluarga Baru Coach - Glam Malaysia
“WEAR YOUR SHINE”, Kempen Terbaru Coach Bersama Keluarga Baru Coach

“WEAR YOUR SHINE”, Kempen Terbaru Coach Bersama Keluarga Baru Coach

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Coach lancarkan kempen “Wear Your Shine”. Kempen yang menegaskan keberanian untuk mengatasi segala keraguan diri dan bersinar dengan yakin. Meraikannya bersama koleksi Coach Shine bernuansa metalik dan efek kilau. Dove Cameron, Youngji Lee, Yanfei Song dan Lil Buck menghiasi kempen ini. 

coach wear your shine

Koleksi musim luruh 2023 dari Coach New York, koleksi Coach Shine yang dilancarkan dengan kempen global yang dibintangi oleh keluarga Coach, iaitu Dove Cameron, Youngji Lee, Yanfei Song dan Lil Buck. Coach Shine memperkenalkan koleksi beg bernuansa metalik dengan efek kilau, dan ekspresif, sedia untuk digayakan musim ini bersama aksesori Coach Shine lain. 

Lembaran Coach yang seterusnya berteraskan tema ‘Courage to be real’, menggambarkan kebebasan dalam fesyen dan memfokuskan kepada inspirasi untuk mengekspresikan diri mereka yang original. “Wear Your Shine” menyentuh perihal gaya bersama ekspresi diri, yang mana memperasakan peribadi setiap individu. Kempen global dari Coach ini diabadikan oleh jurugambar Joshua Woods dengan arahan Lope Serano dengan bantuan koreografi oleh Emma Portner. 

See also
Creature Comfort, Idea Baru Diperkenalkan Oleh Coach

Kempen ini juga menceritakan mesej yang memberi inspirasi tentang mengatasi keraguan diri untuk bersinar terang dalam fesyen dan konteks kehidupan. Diperkenalkan dengan siri filem yang mana pelakon menghadapi pengkritik dalaman mereka, dibayangkan sebagai beregu yang menyuarakan keraguan diri mereka. Mengatasi konflik tersebut, mereka akan melangkah keluar dalam koleksi Coach Shine, dan bertarung dengan diri mereka sendiri melalui gerak tari seperti dalam imaginasi dan muncul bersedia untuk melangkah keluar dan bersinar penuh yakin. 

Melalui kempen “Wear Your Shine”, Coach juga memperkenalkan ahli keluarga Coach yang baru, sekaligus keperibadian mereka mencerminkan misi Coach untuk membawa mesej “Courage to be real” kepada kehidupan di seluruh dunia melalui kisah individu yang memberi inspirasi yang mewakili generasi hari ini. Lebih istimewa lagi, duta global Coach, Jennifer Lopez turut muncul dalam kempen. Memberi kemunculan istimewa. 

Sebahagian daripada koleksi runway musim luruh 2023 Coach dan visi Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers tentang warisan gaya yang diolah semula untuk generasi hari ini, koleksi Coach Shine memperkenalkan beg Tabby dan siluet Penn baharu dalam metalik dan baluta kulit paten, beg “The Coach Shapes” dalam siluet yang lebih memikat dan playful serta ragam warna, termasuk pakaian sedia pakai dengan shearling dan kasut bernuansa metalik. 

See also
Sinergi Kolaborasi Coach dan Disney

Coach menyulap metalik yang menggambarkan sebuah nuansa trend Y2K dalam penyampaian kebebasan berekspresi. Sebabnya ia banyak membuat oversized outerwear dan dibuat ‘layer by layer’ untuk menginisiasi ciri khas musim sejuk. 

Semak koleksi Coach Shine di sini.