Onitsuka Tiger AW25: Evolusi Gaya Dalam Lintasan Musim Baharu
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioGLAM terbang ke Singapura, meneroka koleksi Onitsuka Tiger AW25 yang meraikan evolusi fesyen kontemporari dengan menyatukan warisan Jepun, inovasi teknikal dan gaya moden ke dalam himpunan item fesyen yang nyata praktikal dan berjiwa global.
Musim Luruh/Musim Sejuk 2025 menyaksikan Onitsuka Tiger terus mengukuhkan identitinya sebagai jenama yang berani berevolusi dari akar sukan ke dunia fesyen kontemporari. Membawa semangat kepelbagaian dan ketukangan Jepun, koleksi kali ini menampilkan gabungan gaya formal, utiliti, warisan dan kasual, lantas menjadikan setiap item fesyen bukan sahaja bergaya tetapi juga cukup praktikal dan berjiwa kontemporari.

Koleksi Onitsuka Tiger AW25 Yang Menyuntik Warisan, Utiliti dan Gaya Masa Kini
Antara sorotan utama musim ini ialah Yellow Collection, yang menampilkan gabungan gaya seperti Brit-country moden, elemen barat, aksen punk dan perincian romantik. Siluet buat penata gaya uniseks mendominasi dengan item seperti jaket cropped, gaun renda, jaket kulit sintetik serta but tumit Texan. Rangkaian kasut pula termasuk ballerina flats bertatah dan sneakers Mexico 66 dihiasi kristal yang nyata mencuri tumpuan. Dua beg ikonik iaitu beg Bowling berhias kristal dan mini pochette bertali besar, juga melengkapkan koleksi yang diberi nafas baharu dengan esen gaya yang penuh kekinian.

Menerusi koleksi Denivita, Onitsuka Tiger menyuntik keceriaan ke dalam gaya denim. Nama “Denivita” merupakan gabungan “denim” dan “vita” (hidup) yang menggambarkan semangat koleksi ini. Ia menjadikan denim buatan Jepun sebagai kanvas warna-warni yang menceriakan kehidupan harian. Potongan kasual digarap dengan reka bentuk ikonik dan palet cerah, menjadikan setiap helaian bukan sahaja praktikal, malah menyerlahkan personaliti buat si pemakai.

Sementara itu, koleksi The Onitsuka memperlihatkan sisi mewah dan formal jenama ini melalui barangan kulit halus seperti Bit Loafer dan Brogue. Bermain dengan material kulit lembu Kobe berkilat dan fabrik tweed dari Iwate, kedua-dua kasut ini menggabungkan elemen klasik dengan inovasi, lantas memberikan keselesaan serta penampilan elegan yang tampil eksklusif.

Himpunan koleksi diteruskan pula dengan Red Collection yang membawa intipati penghormatan kepada arkib jenama dengan sentuhan moden. Bermula dengan pelancaran pertama yang kini berada di pasaran, Tigtrail mengetengahkan estetik kasut jejak retro dengan sentuhan futuristik, menampilkan rona senada dan tekstur berlapis. Seterusnya, Tigrun mengangkat semula kasut larian era 1980-an hingga 2000-an dengan rekaan tapak bergaris Tiger, memberi impak visual dan keselesaan fleksibel untuk gaya urban. Tigcourt pula memancarkan rekaan terinspirasi daripada bola keranjang era 90-an, menghadirkan material seperti mesh lut sinar yang tampak bergaya dan bernada vintaj.

Tuntasnya, koleksi Onitsuka Tiger AW25 ternyata menawarkan solusi paduan mantap antara inovasi teknikal, warisan budaya dan ketelitian seni rekaan Jepun. Daripada gaya utiliti moden ke denim penuh warna hingga ke ketukangan kulit mewah dan arkib kasut ikonik yang dikontemporarikan, jenama ini membuktikan bahawa setiap koleksi adalah kesinambungan cerita, dan setiap helaian adalah cerminan identiti yang sejajar dengan peredaran masa kini.
Artikel Berkaitan: PATOU X Onitsuka Tiger Koleksi Penuh Keanggunan Paris
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
