Outfit Terbaik Beyonce Di Konsert Renaissance, Ini Pilihan GLAM

8 Outfit Terbaik Beyonce Di Konsert Renaissance Pilihan GLAM

Beyonce kembali lagi dengan konsert jelajah world tour Renaissance. Peminat bukan sahaja menanti-nantikan lagu hits Beyonce, malah outfit terbaik Beyonce juga jadi bualan. Look out for fesyen yang dipenuhi dengan labuci dan bertemakan disko futuristik!

Untuk konsertnya kali ini, Beyonce mengenakan pelbagai penampilan unik yang menampilkan beberapa fashion houses terkenal. Antara jenama fesyen yang dipakai oleh Beyonce di konsertnya terdiri daripada Valentino, Tifanny.Co, Alexander McQueen, MiuMiu, Marc Jacobs, Iris Van Herpen, Mary Katrantzou dan banyak lagi.

8 Outfit Terbaik Beyonce Di Konsert Renaissance Pilihan GLAM

Jika anda peminat Beyonce dan mahu tahu lebih lanjut disebalik fesyen yang dipakai olehnya di konsert jelajah Renaissance, GLAM ada senaraikannya di sini.

1. Mary Katrantzou

Pereka fesyen yang berasal daripada London iaitu Mary Katrantzou tampil kreatif dengan menggayakan Beyonce di atas pentas. Fesyen ini datang bersama dengan skirt peplum dan baju yang ditempah khas yang memenuhi dengan labuci emas dan kristal.

Yang lebih menarik, outfit terbaik Beyonce ini menghasilkan siluet hourglass. Untuk pengetahuan anda, fesyen ini digayakan semasa pertunjukan akhir Beyonce di United Kingdom.

Outfit terbaik Beyonce Mary Katrantzou

Gambar : Instagram/@beyonce

Outfit terbaik Beyonce Mary Katrantzou

Gambar : Instagram/@beyonce

2. Miu Miu

Tampil bergaya di atas pentas, Beyonce memakai busana dari jenama terkenal iaitu Miu Miu. Beyonce tampak beraksi dengan gaya shimmering look, bersama dengan kristal emebroideri bersama dengan seluar pendek denim berlian buatan.

See also
Gaya Celana Di Karpet Merah Governors Award

Tidak lupa juga dengan kasut boot berwarna silver hingga ke paras lutut dan topi koboi yang telah dihiasi untuk kelihatan lebih menyerlah.

Outfit terbaik Beyonce Miu Miu

Gambar : Instagram/@beyonce

3. Acne Studio

Beyonce muncul dengan outfit berwarna merah jambu yang bertemakan Barbie dari atas sampai bawah semasa pertunjukan Minneapolis. Coat yang dipakainya bukan sekadar coat kerana ia diperbuat daripada metalik. Look ini dilengkapi dengan corset dan juga seluar pendek yang juga diperbuat daripada metalik.

Malah, Beyonce turut menyarung boot panjang higga ke paras peha dan cermin mata jenis lutsinar sebagai aksesori. Kesemua look ini digayakan oleh jenama Acne Studio. Jika anda peminat Barbie, anda perlu tahu update fesyen Barbie terkini

Outfit terbaik Beyonce ACNE

Gambar : Instagram/@beyonce

4. Iris Van Herpen

Outfit terbaik Beyonce di Amsterdam ini menjadi bualan hangat kerana reka bentuk kostum yang dipakainya sangat menakjubkan. Baju ini dipenuhi dengan kristal dari jenama terkenal dunia iaitu Swarovski bersama dengan cape lebar yang diperbuat daripada glass organza.

Outfit ini direka oleh pereka fesyen Iris Van Herpen dan lebih menggemparkan kostum ini direka sangat mahir dengan 980 bentuk yang berbeza. Apa yang sangat mengejutkan, fesyen ini disiapkan selama 700 jam dengan membawa seramai 12 orang dari ateliar Iris Van Herpen.

Outfit terbaik Beyonce Iris Van Herpen

Gambar : Instagram/@beyonce

5. Valentino

Beyonce kelihatan bergaya dengan menjelmakan rupa kuda disko yang ikonik daripada kulit album Renaissance. Penyanyi ini kelihatan stunning di atas pentas dengan menyarung look shimmering berwarna silver dari atas hingga bawah.

See also
Exotic Beauty: Sonam Kapoor

Untuk melengkapkan fesyen ini lebih menyerlah, Beyonce memakai boot sehingga paras lutut. Kesemua fesyen yang dipakai olehnya adalah dari jenama terkenal iaitu Valentino.

Outfit terbaik Beyonce Valentino

Gambar : Instagram/@beyonce

Outfit terbaik Beyonce Valentino

Gambar : Instagram/@beyonce

6. Valentino

Outfit terbaik Beyonce kali ini muncul bersama dengan jenama terkenal iaitu Valentino di New Jersey. Muncul bergaya di atas pentas dengan memakai baju jenis swimsuit berwarna merah jambu. Penampilannya kali ini direka khas oleh pengarah kreatif iaitu Piepaolo Piccioli.

Fesyen ini juga direka olehnya termasuk pakaian yang dipenuhi dengan labuci dan juga boot tinggi berwarna merah jambu. Apa yang lebih menarik, look ini dilengkapi bersama dengan aksesori cermin mata yang berbulu.

Outfit terbaik Beyonce Valentino

Gambar : Instagram/@beyonce

Outfit terbaik Beyonce Valentino

Gambar : Instagram/@beyonce

7. Marc Jacobs

Beyonce muncul di atas pentas dengan penampilan bermonokromatik yang menarik perhatian orang ramai di konsert New Jersey. Striped gown yang dipakai oleh Beyonce ini direka khas dari pereka fesyen tersohor iaitu Marc Jacobs. Striped gown ini juga dilitupi bersama dengan kristal yang berjenama Swarovski untuk kelihatan lebih menyerlah.

Gambar : Instagram/@beyonce

Gambar : Instagram/@beyonce

8. David Koma

Di Stockholm, Beyonce memulakan konsertnya dengan bergaya dalam fesyen mini holografik yang direka khas oleh David Koma. Pakaian ini membuatnya kelihatan sangat stunning dan menyerlah ketika di atas pentas.

See also
Versace: Sporty VS Feminin

Selain itu, anting-anting yang dipakai olehnya berjenama Almarow. Apa yang lebih menakjubkan outfit penari dibelakangnya juga direka khas oleh David Koma.

Apa pendapat anda terhadap outfit terbaik Beyonce yang dipilih oleh GLAM?

Artikel berkaitan: Summer Style, It’s BARBIECORE! 5 Selebriti Bergaya Barbiecore