Dunia Eksentrik Gucci & Alessandro Michele Mencabar Minda Dunia

Keraian Jiwa Eksentrik Gucci Yang Mencabar Minda

Suasana malam hening dipenuhi lilin gereja dan kepulan asap yang menghidupkan suasana sunyi sebelum diiringi alunan muzik suram, “Vespers for the Blessed Virgin” oleh Claudio Monteverdi. Jelas sekali para hadirin kini berada di dalam dunia Alessandro Michele untuk persembahan koleksi Cruise 2019 Gucci.

 

Menggunakan Alyscamps, sebuah nekropolis terkenal Roman lengkap dengan keranda-keranda batu, jiwa Michele yang gemar menguji dan mencabar sesiapa sahaja yang bertuah untuk menyaksikan koleksinya jelas diterjemahkan melalui koleksi ini; kali ini dengan konsep kehidupan selepas mati.

 
[envira-gallery id=”85239″]

Sebagai salah seorang pereka yang gemar mengaburi garisan dan stereotaip jantina, Michele did not hold back dengan koleksi ini. Menerangkan watak-watak yang diberi nafas dalam koleksi ini sebagai “widows attending grave sites, kids playing rock ’n’ roll stars, and ladies who aren’t ladies.” Menggunakan kepakarannya, Michele membenarkan koleksinya untuk membicarakan pendirian dan juga visinya untuk Gucci.

 

Antara key items yang menambat hati GLAM adalah tas tangan Arli yang menggabungkan motif signatur Gucci untuk gaya yang idiosinkratik dan juga tas tangan metalik Marmony, it’s a classic we know, telah diberi rupa baru untuk mengikut trend terkini. We would not mine one or two of these sejujurnya.

See also
Stail Hamil Kate Middleton

 

Setiap gaya yang dipersembahkan pada malam itu lengkap dengan perincian yang rumit dan mewah. Skirt plaid, corak sutera floral juga motif harimau antara DNA Gucci yang jelas kelihatan. Selebihnya pula ibarat kostum mewah buat watak fantasi rekaan Michele dengan dress velvet, kot bulu, dan mantel yang disulam.