Selebriti Wanita Trendy Menggayakan Kasut Mary Jane
Kasut Mary Jane memberi aura feminin dan preppy kepada pemakai mereka membuatkan kasut ini fesyen item yang praktikal.
Gabungan praktikal dan comel menjadikan kasut Mary Jane menjadi tular dalam kalangan wanita. Tanpa mengira umur, kasut ini sesuai digayakan oleh semua orang yang inginkan gaya yang lebih feminin. Kisah Mary Jane asalnya adalah seorang watak perempuan muda yang dicipta oleh kartunis Amerika Richard Felton Outcault pada tahun 1902 untuk komik Buster Brown. Watak ini diilhamkan daripada anak perempuan Outcault yang mempunyai nama yang sama dan mengenakan kasut hitam kecil dengan tali di atas tapak kaki. Nama Mary Jane kekal setelah Outcault memberi lesen kepada syarikat kasut Brown Shoe Company untuk menggunakannya dan kasut tersebut dianggap sebagai satu gaya yang manis sejak itu.
Selebriti Wanita Yang Menggayakan Kasut Trendy Mary Jane
Jenama seperti Sandy Liang, Charles and Keith, Steve Madden, Dr Martens dan Ralph Lauren mengeluarkan rekaan-rekaan kasut Mary Jane yang disukai ramai. Kasut yang comel ini juga terkenal dalam kalangan selebriti wanita. Fesyen-fesyen ikon seperti Jennie Kim dan Olivia Rodrigo seringkali dilihat menggayakan kasut ini dalam kehidupan harian mereka. Gaya preppy dan comel menjadikan kasut ini satu item fesyen yang boleh digayakan bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.
#1 Olivia Rodrigo

Gambar dari: Neil Mockford
Digayakan dengan gaya grunge balletcore, Olivia Rodrigo yang merupakan peminat fesyen ini juga pernah menggayakan kasut Mary Jane. Kasut berona hitam dan berkilat yang digayakan oleh Olivia itu dari jenama Madewell.
#2 Wonyoung
Duta jenama Miu Miu, Jang Wonyoung pernah kelihatan menggayakan kasut dari jenama itu ketika melawat butik tersebut. Wonyoung menggayakan kasutnya drngan sepasang stokin berparas betis untuk memberi lebih efek kewanitaan.
#3 Gigi Hadid

Gambar dari: MediaPunch
Model terkenal Gigi Hadid ini pernah kelihatan memakai serba putih dan dilengkapi dengan Aeyde Off-White Uma Ballerina Flats.
#4 Jennie Kim
Jennie Kim dari Blackpink yang juga peminat setia jenama Sandy Liang menggayakan kasut flat signature mereka dengan gaya yang sangat preppy.
#5 Dua Lipa

Gambar dari: Robert Kamau
Dua Lipa dilihat menggayakan kasut Mary Jane dari kolaborasi antara Nodaleto dan Heaven by Marc Jacobs di kota New York.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
