Tommy Hilfiger Menutup London Fashion Week S/S 2018
Selepas “melarikan diri” daripda tradisi NYFW dengan mengadakan pertunjukan koleksinya di Venice Beach sebelum ini, Tommy Hilfiger diberi penghormatan sewaktu London Fashion Week untuk menutup dan mempersembahkan koleksi kolaborasi eksklusifnya bersama it-model Gigi Hadid buat kali ketiga dan disaksikan hampir 2000 tetamu.
Pertunjukan penuh tenaga itu telah dihadiri oleh teman-teman dan keluarga Hilfiger dan juga Hadid untuk meraikan kerjasama mereka. Bertemakan “Rockcircus” dan menggabungkan koleksi lelaki dan wanita dengan menerapkan elemen-elemen segar, edgy, dan new attitude.
Koleksi ini juga mengambil warisan rebellious era 90-an dan juga merupakan visi Americana moden mereka untuk memberi perhatian kepada budaya muda dan “grunge meet prep.”
Mereka juga turut mengekalkan konsep “See Now, Buy Now” memberi peluang kepada orang ramai untuk terus membeli ceraian-ceraian yang ditampilkan dalam koleksi tersebut.
Lihat ceraian kegemaran kami daripada koleksi ini:
Pilihan Bacaan Seterusnya
Trend Perkahwinan Yang Jadi Pilihan Pengantin Kini
Jul 09, 2026
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Jul 08, 2026
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Jul 08, 2026
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Jul 08, 2026
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Jul 08, 2026
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Jul 08, 2026
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Jul 08, 2026

