Jakarta Fashion Week 2026: Legasi Gaya Yang Terus Hidup
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioJakarta Fashion Week 2026 meraikan ‘The Legacy of Style’, dan GLAM turut serta menjadi Official Media Partner dalam mengangkat legasi fesyen Nusantara ke pentas serantau.
Menandai detik penuh gaya dalam kalendar fesyen serantau, Jakarta Fashion Week (JFW) 2026 kini menjadi tumpuan dunia fesyen serantau dengan himpunan kreativiti dan warisan budaya yang berpadu indah di kota Jakarta. Bertempat di Pondok Indah Mall 3 dari 27 Oktober hingga 2 November 2025, edisi ke-18 ini mengangkat tema “The Legacy of Style”, satu penghormatan kepada akar tradisi yang menjadi sumber inspirasi kepada rekaan moden masa kini. Lebih daripada sekadar pentas peragaan, JFW 2026 menyerlahkan kekuatan identiti fesyen Indonesia yang kekal utuh pada warisan namun berjiwa global, serta memancarkan seni kreatif buat barisan pereka fesyen dengan jenama kebanggaan mereka.
Merayakan ‘Legacy of Style’ Di Kota Jakarta
Sebagai acara tahunan paling berpengaruh dalam industri fesyen Indonesia, Jakarta Fashion Week 2026 menjadi ruang pertemuan antara generasi pereka baharu dan nama-nama besar industri. Pentas fesyen ini turut dihiasi oleh barisan pereka dan jenama terkemuka seperti Buttonscarves, Rama Dauhan Gold, Francis Libiran, Frederic Lee serta ramai lagi yang menampilkan koleksi masing-masing. Dari rekaan kontemporari hingga elemen tradisional yang disuntik semula dengan nafas moden, pentas peragaan menggambarkan perjalanan evolusi fesyen Nusantara yang terus berkembang. Rumah fesyen terkemuka dari Malaysia, Rizman Ruzaini juga bakal mempersembahkan koleksi mereka pada 1 November akan datang.

Dengan sokongan padu daripada pelbagai rakan strategik dalam industri fesyen, kecantikan serta gaya hidup, acara ini bukan sahaja mempersembahkan kemewahan visual, tetapi juga memperlihatkan sinergi antara kreativiti dan inovasi. Momentum JFW 2026 ini turut digerakkan oleh pelbagai kolaborasi berimpak tinggi, memperlihatkan komitmen bersama dalam memperkukuh ekosistem fesyen serantau yang dinamik.

Dalam semangat serantau yang menyatukan cita rasa dan kreativiti tanpa batas, GLAM turut sukacita melangkah sebagai salah satu media rasmi, Official Media Partner Jakarta Fashion Week 2026, menjalin aspirasi serumpun dalam meraikan legasi gaya dan kreativiti Nusantara. Penglibatan ini menandakan komitmen GLAM dalam meraikan fesyen dan warisan Nusantara dari perspektif fesyen serantau, sekaligus menghubungkan nadi industri Malaysia dan Indonesia di bawah satu bahasa gaya yang sama.
Artikel Berkaitan: #Recap: Tiga Jenama Dari Asia Tenggara Bersinar Di Minggu Fesyen Dubai 2024
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.

