Musim Luruh 2021 Longchamp, Lebih Optimistik - Glam Malaysia

Musim Luruh 2021 Longchamp, Lebih Optimistik

Himpunan musim luruh 2021 di Longchamp mengabadikan logo mereka sebagai idea tunjang. Setiap helaian mencetuskan idea dinamik selera wanita Paris. Juga, barangan kulit yang menepati dambaan wanita moden yang punya gaya hidup produktif. GLAM menemubual, Sophie Delafontaine yakni Pengarah Kreatif Longchamp.

Apa item wajib miliki daripada koleksi musim luruh 2021 Longchamp?

Pertama sekali adalah pantsuit korduroi merah jambu peony yang selesa juga energi yang bagus. Juga, dress merah yang elegan serta terselit rasa sensual melalui but kulit dan suede sebagai pelengkap gaya. Dua gaya ini menzahirkan idea buat koleksi ini. Gaya segar koleksi ini juga diteruskan dengan bintang utama: The Brioche dan Roseau.

musim luruh 2021 longchamp

Sophie DelaFontaine

Siapa wanita disebalik himpunan musim luruh Longchamp 2021?

Idea koleksi ini adalag untuk memperlihatkan sisi wanita Longchamp yang pelbagai ragam. Kamu boleh jadi feminin dan boyish, atau paduan kasual dengan elegan. Pokoknya, wanita ini punya keyakinan yang tinggi, elegan, optimistik dan dinamik.

See also
NYFW: Kate Spade Fall 2016

Bagaimana menggabungkan dunia equestrian dengan idea kreativiti?

Sentuhan dunia equestrian dapat dilihat pada logo Longchamp itu sendiri. Juga pinjaman idea daripada Turenne Chevallereau, memberikan idea yang lebih dinamik juga art de vivre. Ia juga tempat pertunjukan koleksi ini dilaksanakan yakni Battesti, dewan tunggang kuda yang diperbuat menggunakan cermian dan metal atap. Hasil idea daripada Gustave Eiffel.

Beg Roseau

Kongsikan estetik rekaan dan siapa yang memberi pengaruh dalam kerjaya?

Saya banyak terinspirasi dengan hasil kerja Pierre Paulin, pembuat perabot Perancis yang suka menggunakan rona semulajadi dengan paduan palet lain. Sejak kecil saya sudah mengenali hasil kerjanya kerana bapa mempunyai satu meja rekaan Paulin. Dia bijak menggabungkan idea dua budaya seperti gaya Scandanivian dan Jepun dalam satu rekaan. Dia memberi fokus pada proporsi, rekaan dan material. Satu benda yang kami kongsikan bersama. Orangnya juga cukup inovatif.

Bag Brioche

Pautan Berkenaan: Ralph Lauren Pink Pony 2021, 21 Tahun Usaha Memerangi Kanser