Hadiah Sarat Memori, Simbolik Penghargaan Tiffany & Co. di Hari Ibu - Glam Malaysia
Hadiah Sarat Memori, Simbolik Penghargaan Tiffany & Co. di Hari Ibu

Hadiah Sarat Memori, Simbolik Penghargaan Tiffany & Co. di Hari Ibu

Koleksi Tiffany & Co. sememangnya pilihan malar segar dalam meraikan perayaan Hari Ibu seperti kasihnya yang sentiasa bersinar dan kekal mewarnai setiap langkah dalam kehidupan. 

Dinamik cinta antara anak dan ibu itu tiada penghujungnya kerana ibu sentiasa berada di sisi pada saat susah senang dalam menjalani kehidupan. Tiada cinta yang paling tulus melainkan cinta yang dimiliki antara ibu dan ananya kerana jasanya mengandungkan, menyusui dan membesarkan sememangnya tidak ternilai untuk dibalas. Semestinya sebagai tanda hati untuk meraikan di hari istimewa seperti Hari Ibu, barangan kemas yang klasik dan berkemilau mewah semestinya menjadi pilihan terbaik khususnya seleksi yang tersedia di Tiffany & Co. la bagaikan sebuah pelaburan jangka panjang yang boleh diwarisi dari generasi ke generasi lambang cinta yang tidak akan pernah padam menyelusuri jalur keturunan. Bagaikan sebuah tradisi buat jenama ini, ia turut meraikan sambutan yang penuh cinta ini saban tahun dalam meraikan cinta abadi di Hari Ibu.

See also
5 Vila Termewah di Malaysia

Koleksi ideal Tiffany & Co. untuk ibu tersayang

Rangkaian Tiffany T

Penghargaan kepada semangat kota New York, ia menterjemah konsep janji dan kemungkinan dalam menjalani kehidupan mengikut tafsiran Charles Lews Tiffany yang juga refleksi kepada bandar yang bersih dan sarat garisan bersilang. Biarpun terlihat kemas dan ringkas, penggayaan untuk koleksi ini dikhususkan dengan padanan berlapis dan bersusun menghiasi tubuh anda dalam tiga rona berbeza yakni emas, rose gold juga platinum.

Rangkaian Tiffany Knot

Ilham cinta tanpa sempadan yang tersimpul rapi dalam kehidupan, rangkaian ini terinspirasi dari ikatan simpulan yang terdapat di dalam arkib sekitar 1889. Ikatan yang sempurna akan sentiasa mengukuhkan perhubungan antara si ibu dan anak dalam setiap perjalanan kehidupan. Kehadiran berlian semestinya menjadi penyeri terbaik dalam meraikan usaha menghangatkan rasa sayang di antara kita.

Rangkaian Tiffany Lock

Hadiah Sarat Memori, Simbolik Penghargaan Tiffany & Co. di Hari Ibu Hadiah Sarat Memori, Simbolik Penghargaan Tiffany & Co. di Hari Ibu

Gaya ikonik buat jenama Tiffany & Co yang direka berinspirasikan sebuah kerongsang pada tahun 1883, rangkaian Lock ini merupakan perlambangan kepada perlindungan cinta yang mampu bertahan lama. Bagaikan simbol universal, keraian kepada cinta adalah perkara utama dalam kehidupan. Gayakan rangkaian ini secara tunggal mahupun berpasangan antara ibu dan anak sememangnya simbolik ideal cinta sejati mereka.

See also
Koleksi S/S 18 Michael Kors Ibarat Sebuah Percutian Chic

Rangkaian Tiffany HardWear

Bagaikan jalinan kasth antara ibu dan anak, rekaan barang kemas HardWear ini menampilkan gaya jalinan yang uth dalam menggabungkan rekaan klasik bertemu edge dengan pilihan rona yang bersesuaian mengikut cita rasa peribadi si ibu. Rekaan yang terinspirasi dari sebuah lukisan dari tahun 1962, ia membawakan semangat ketahanan dan kebebasan seperti bandar kelahiran jenama ini, New York.

Rangkaian Permata 16 butir Jean Schlumberger

Gabungan antara emas dan padanan platinum berserta kilauan berlian menjadi gaya ikonik sentuhan pereka Jean Schlumberger untuk rasa moden namun terlihat klasik dan sentiasa relevan untuk pelbagai peringkat usia yang mahukan statement pieces saat menggayakan barang kemas. Rekaan yang diperbuat pada tahun 1959 oleh pereka yang membawa inspirasi tekstil yang merupakan legasi keluarganya, ia menampilkan gaya ala jahitan silang yang menjadi kekuatan untuk memegang. sesuatu yang berharga.

Ketahui koleksi Tiffany & Co. yang lain sempena Hari Ibu di sini

Artikel berkaitan: Melawat Kembali Antara Tema Met Gala Popular Pilihan GLAM

See also
Konstruksi Berlian Ideal