Related Stories
“Coach on the Move”, Alami Keseronokan Musim Perayaan
COACH ANJURKAN “COACH ON THE MOVE” SEMPENA MUSIM PERAYAAN. ALAMI PELBAGAI AKTIVITI MENARIK, SAMBIL ITU MENDEKATI KOLEKSI COACH DEDIKASI MUSIM PERAYAAN 2022.

Raikan musim perayaan dengan pesta “Coach on the Move”, anjuran Coach. Menawarkan pengalaman menarik mengilhami musim perayaan yang direka khas untuk menyemarakkan akhir tahun. ‘Coach on the Move’ dijadualkan mengembara ke empat destinasi utama di seluruh Malaysia dan singgah di beberapa destinasi percutian popular di negara ini sepanjang Disember.
Di Inspirasikan dari “Feel the Wonder”, mesej tersebut menggambarkan momen manis kanak-kanak sewaktu kemeriahan menyambut musim perayaan. Keterujaan mereka yang juga pernah dialami oleh kita suatu ketika dahulu, telah memberi inspirasi buat Coach untuk memilih cogan kata tersebut. Lalu, memberi idea terhadap pelbagai aspek. Dari rekaan koleksi, pilihan aktiviti dan idea instalasi.
Yang mengujakan ialah kemunculan Rexy dalam saiz sebenar yang dipamerkan di bahagian pintu masuk “Coach on the Move”. Rexy adalah maskot Coach yang terkenal dengan sifat bebasnya sejak 2016 lagi, akan dipamerkan dalam tiga desain yang berbeza di Malaysia, Singapura dan Thailand. Oleh itu, pengunjung berpeluang mengambil gambar atau video bersama Rexy, ternyata memadukan energi Coach dengan nostalgia musim percutian yang selalu menginspirasikan.
‘Coach on the Move’ telah bermula di APW Bangsar Kuala Lumpur pada 2 Disember sebelum melanjutkan perjalanan ke Johor, Pulau Pinang, dan Putrajaya.

Pengunjung akan dapat mengalami suasana yang menyeronokkan di sekitar binaan Rexy dan bas dua tingkat yang dihiasi dengan dekorasi konsep percutian Coach yang meriah. Terdapat aktiviti lain yang boleh dicuba, termasuk sudut mengambil gambar yang meriah dengan dekorasi. Bas Coach diilhamkan oleh taman permainan dan dilengkapi dengan hiasan Coach yang playful dan menyeronokkan di kedua-dua tingkat. Di situ, terdapat banyak ruang dan sudut untuk bergambar. Kemudiannya, bolehlah dikongsikan di media sosial buat tatapan pengikut.
“Coach on the Move” juga menawarkan idea buat pemberian hadiah, yang mana terdapat pameran koleksi musim perayaan untuk dilihat secara dekat. Antaranya, beg tangan, beg silang, beg galas, ‘ready-to-wear’ dan sepatu. Sedikit sebanyak dapat memberi cadangan buat pengunjung yang masih tercari-cari bingkisan buat yang tersayang.


Pojok kopi oleh Gigi Coffee, gerai aktiviti dengan lukisan akrilik patung Rexy, dan gerai penjagaan kulit oleh Chuck’s antara yang boleh dilawati. Gigi Coffee menjual menu eksklusif untuk masa yang terhad. Boleh cuba pilihan kopi yang diinspirasi oleh keajaiban percutian Coach.
Pelawat yang melawat “Coach on the Move”, di mana-mana lokasinya juga boleh mengambil bahagian dalam pengalaman Digital Augmented Reality (AR) Rexy dengan mengimbas kod QR yang disediakan di lokasi tersebut. Kod QR akan membawa anda kepada pengalaman di mana dunia anda adalah taman permainan Rexy.
Tak terlupa juga, pengunjung boleh melawat butik Coach yang terdekat atau layari laman web untuk mendekati koleksi musim dingin 2022, seperti beg Tabby dan Rogue, koleksi istimewa yang dihiasi Rexy dan banyak lagi. Lengkapi gaya di musim percutian ini dengan rangkaian koleksi dari label asal Amerika ini.
Pengalaman percutian “Coach on the Move” akan singgah di destinasi berikut:
- Kuala Lumpur: APW Bangsar, 2-4 Disember
- Johor: Johor Premium Outlets, 9-11 Disember
- Penang: Hin Bus Depot, 16-18 Disember
- Putrajaya: IOI City Mall Putrajaya, 23-25 Disember
Artikel berkaitan: Lihat Aksi Jennifer Lopez & Selebriti Lain Berseronok dalam “FEEL THE WONDER”
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
