JLo X Versace Spring-Summer 2020 - Glam Malaysia

JLo X Versace Spring-Summer 2020

Jennifer Lopez sudah lama diketahui salah seorang peminat setia jenama Versace, dan kini wajah dan auranya dipinjam menjadi hak eksklusif untuk kempen terbaru Versace. Menerusi hantaran di laman Instagramnya, penyanyi, pelakon, ikon fesyen dan mogul itu turut berkongsi beberapa keping gambar kempen tersebut yang nyata stylish dan chic. 

Selepas dua dekad, kegemilangan gaun hijau rimba Versace yang dipakai Jennifer Lopez sewaktu Anugerah Grammy 2020 mendapat perhatian dunia sehingga kini gaun tersebut kekal ikonik dan kali terakhir membuat ‘kemunculan’ semula sewaktu pementasan fesyen musim bunga baru-baru ini. Menerusi gambar yang dikongsikan, Jennifer Lopez turut memakai gaun tersebut termasuk pantsuit dan kombinasi top dan skirt yang sepadan. Jelas Lopez, “Versace mewakili kekuasaan malah meletakkan sesuatu yang indah untuk tontonan dunia. Ibarat mimpi menjadi kenyataan apabila dapat bekerjasama sekali lagi dengan rakan baik saya, Donatella untuk kempen ini.”

Turut sama menyerikan kempen ini adalah model dan ikon fesyen, Kendall Jenner.

Kendall Jenner