Koleksi Seluar Jeans Khloé Kardashian Laris di Pasaran - Glam Malaysia

Koleksi Seluar Jeans Khloé Kardashian Laris di Pasaran

Khloe Kardashian Good American Launch Event

 

Khloe Kardashian dan rakan perniagaannya Emme Grede tidak menyangka bahawa jualan seluar jeans mereka akan mencecah $1 juta pada hari pertama pelancaran koleksi mereka sehingga memecah rekod dunia sebagai pelancaran denim terbesar dalam dunia fesyen.

 

Koleksi ini dihasilkan atas dasar untuk memastikan individu-individu yang tidak mempunyai tubuh badan standard yang ditetapkan oleh dunia fesyen dan khalayak umum boleh cintakan tubuh mereka sendiri dan menghargai setiap inci badan mereka tanpa perlu rasa segan, sebab tiada sebab untuk mereka berasa begitu tentang badan sendiri.

 

“Saya berasa sangat gembira dengan kejayaan yang telah kami kecapi dalam masa sebulan ini, tetapi perjalanan kami masih jauh lagi. Ini hanyalah permulaan,” ujar Khloe dalam satu temubual. “Apa yang memberangsangkan adalah sambutan yang ditunjukkan oleh pelanggan kami. Apabila mereka mencuba seluar kami mereka terus berkenan. Kami telah menghasilkan satu produk yang sesuai untuk gadis bersaiz 00 dan akan kelihatan cantik pada gadis bersaiz besar.”

See also
Filem Klasik Dengan Gaya Ikonik

 

Good American dilancarkan dan mempunyai tiga gaya: Good Legs, Good Waist, dan Good Cut. Pada penghujung bulan Januari 2017 Good American bakal mengeluarkan beberapa produk baru setiap dua minggu.

 

Lawati laman Good American untuk maklumat lebih lanjut.

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid