GLAM Persona: The Limitless Rhythm Of Yuna - Glam Malaysia
GLAM JUN:JULAI 22 Persona, Yuna 07

GLAM Persona: The Limitless Rhythm Of Yuna

Dari mengemudi permulaannya yang sederhana sehingga kini menghiasi pentas antarabangsa, Yuna berbicara mengenai spektrum diri juga kepentingan berpunya identiti yang tulus. Turut, mencoretkan kisah aspirasi perkenalan siri mini-album terbarunya, Y1 dan Y2.

PENGARAH KREATIF: AIZAT AIDID PENGARANG RENCANA: ZUHAIRIE SAHROM PENGARANG FESYEN: JOHAN KASSIM GAMBAR: AARON LEE @ LENSWORKS PRODUCTION SOLEKAN: KHIR KHALID PENATA GAYA HIJAB: NAZLIVINGASTYLE TAJAAN LOKASI: DEWAN FILHARMONIK PETRONAS PAKAIAN & AKSESORI: GUCCI

GLAM JUN:JULAI 22 Persona, Yuna 01

Memasuki bulan Mac, 3 haribulan Mac tepatnya; penyanyi merangkap penulis lagu yang berpangkalan di Los Angeles berkongsi rencana projek terbarunya di profil Instagram. Berpunya pengikut seramai 905 ribu saat rencana ini dituliskan, Yunalis Zaraai, 36 tahun atau lebih mesra dikenali sebagai Yuna kembali menjabat statusnya sebagai pemuzik indie setelah hampir 10 tahun bernaung di bawah label rakaman. Tampil mengumumkan EP bertajuk Y1 yang memperdengarkan empat trek lagu, ia merupakan instalasi pertama dari lima siri album-mini yang akhirnya bakal disatukan menjadi album ke-5 untuknya. Pulang ke tanah air saat meraikan Hari Lebaran Mei lalu, GLAM mengambil peluang untuk mengundang Yuna sekali lagi buat menghiasi sampul hadapan dengan menggayakan ceraian idea asal pengarah kreatif Alessandro Michele untuk Gucci. Langsung, membicarakan kematangannya sebagai anak seni tempatan yang memegang visi serta misi dalam menelusuri lapangan seni global di Amerika.

GLAM JUN:JULAI 22 Persona, Yuna 02

BAJU DAN SELUAR SUTERA BERCORAK BUNGA GUCCI NOJUM DAN BEG MINI DIANA RONA PERAK GUCCI.

DEEPER CONVERSATION

See also
Real Regal

Memulakan perjalanan kisah terbarunya, GLAM memulakan perbualan dengan merungkaikan sisi identiti terkini Yuna. “Yuna yang baharu adalah seorang yang individualistik lalu tidak memandang penting kata-kata orang sekeliling,” jelasnya. Atau seperti yang diperkatakan sendiri olehnya “IDGA*” dan dia tidak kisah untuk penulis menyusun bicara asalnya. Tambah wanita yang dibesarkan di Kedah dan Selangor ini lagi, “Saya kini lebih mementingkan matlamat diri sebagai seorang pemuzik yang ingin melestarikan karya dengan lebih berterus terang. Berbanding Yuna yang dahulu, dia seorang individu yang kompleks. Terlampau mengambil kira persepsi bahkan perasaan orang ramai mengenai imej mahupun kerjaya seni. Terhad, dan tertakluk pada batas-batas tertentu; ada sahaja yang tidak kena. Mungkin menerusi lirik yang diperdengarkan agak sensitif atau bersifat tabu. Tapi itu dulu. Saat ini, saya lebih selesa untuk menjadi diri sendiri, hanya untuk memperjuangkan apa jua yang terkait bersama rencana muzik saya. Tidak langsung ambil pusing kata orang kerana kejelasan membawa ketenangan. Lantas, memupuk kejujuran lalu membentuk keutuhan integriti yang bermula dari hati.”

GLAM JUN:JULAI 22 Persona, Yuna 04

CERMIN MATA MASK-SHAPED GUCCI.

“Perkenalan identiti baharu ini berlaku di antara ruang masa saat merencanakan lagu buat album Chapters. Waktu itu, saya mendepani isu peribadi; putus cinta misalnya dan ceritanya terpampang di dada-dada akhbar. Saya tahu saat itu, saya tidak dapat mengawal penularan kontroversi kisah peribadi ini. Pun begitu, hanya ada satu cara untuk memberhentikan cerita sensasi selebriti ini dengan memegang pena menciptakan lagu,” jelas Yuna saat menemukan identiti baharu. “Siapa yang memberikan aspirasi buat Yuna untuk terus menelusuri lapangan muzik ini?,” sambung penulis mengusulkan pertanyaan.

GLAM JUN:JULAI 22 Persona, Yuna 06

JAKET DOUBLE-BREASTED FANCY ROSE, VEST SINGLE-BREASTED, KEMEJA HITAM BERKOLAR PUTIH, SELUAR SATIN FANCY ROSE, FEDORA DENGAN LOGO DOUBLE G, BEG BAHU KECIL DENGAN LOGO DOUBLE G DAN KASUT SLINGBACK TUMIT RENDAH DENGAN GANCU HORSEBIT TERBARU DI GUCCI.

“Penerbit merangkap teman rapat yang kini adalah antara komposer yang sedang berkerjasama merencanakan projek EP saya. Namanya, Brian Warfield salah seorang produser muzik yang punya lapan kali pencalonan Grammy. Brian banyak menghulurkan bantuan di dalam menelusuri lapangan muzik di LA. Terus, memberikan inspirasi untuk saya menggariskan usaha untuk berkarya. Brian jugalah yang membuka mata saya untuk mengolahkan sisi identiti yang baharu langsung lebih terbuka dalam menghasilkan sesebuah karya,” terang wanita yang berkebolehan untuk memainkan alatan muzik dari piano, gitar dan ukelele. Diikuti sama dengan bass serta air-drum!

MENITI KEHIDUPAN SEBAGAI PASANGAN ADALAH PENTING UNTUK SALING MENYOKONG, BERTOLERANSI, LALU MEMAHAMI ANTARA SATU SAMA LAIN — YUNA

Apa pula sesudah dinikahi, kehidupan Yuna lebih bahagia lantas memudahkan langkah Yuna untuk masuk keluar negara? “Ya, sudah sememangnya. Jalan penceritaan kehidupan kala ini sungguh bahagia kerana bila sudah dipertemukan dengan jodoh atau insan yang sempurna; maka kita seolah tidak berselindung diri. Ini kerana keduanya selesa menjadi diri sendiri seratus peratus, langsung merefleksikan realiti hubungan peribadi yang ihklas lagi tulus. Kehadiran Adam adalah anugerah terindah, dan saya tidak sekali tergesa-gesa membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersamanya. Paling utamanya, Adam senantiasa di sisi menyokong kerjaya. Lantas, memahami kehendak serta impian saya sebagai anak seni juga sebagai pasangan. Sebelum ini, ada di antara teman terdahulu menyuarakan persoalan bila mahu kembali untuk menetap sepenuhnya di tanah air. Saya sudah mendedikasi hidup saya untuk merantau ke Amerika sehingga ke posisi hari ini; mengapa perlu saya berpatah balik demi menuruti kehendak pasangan.”

GLAM JUN:JULAI 22 Persona, Yuna 05

JAKET SUTERA VISCOSE DENGAN GANCU RANTAI METAL, SKIRT PLISSE, KASUT SLICKBACK HORSEBIT DI GUCCI.

Baca lanjut dalam GLAM JUN/JULAI 2022

See also
Datin X: Kehidupan Baru Selepas Kematian Suami

Pautan berkenaan: GLAM Persona: Datin Elvina Mohamad, Bintang Hati Terkini