Sekumpulan Bintang Terhebat Hiasi Kempen BOSS Musim Luruh 2022 - Glam Malaysia

Sekumpulan Bintang Terhebat Hiasi Kempen BOSS Musim Luruh 2022

‘ATTITUDE’ BOSS YANG BAHARU DITERJEMAHKAN MELALUI PENAMPILAN SEKUMPULAN INDIVIDU BERPENGARUH. MEREKA MEREFLEKSIKAN IDENTITI JENAMA BOSS YANG TERKINI. 

Membina kejayaan luar biasa, setelah mengolah semula jenamanya sejak awal tahun 2022, ia telah membentuk rentak jenama baharu yang ternyata memberi inspirasi dan memperkasakan orang ramai untuk menjadi BOSS mereka sendiri, musim baharu menyaksikan jenama itu telah bekerjasama dengan kumpulan individu merangkumi selebriti, atlet dan model untuk menerokai sudut baharu pada peringkat yang lebih mendalam. 

Kendall Jenner

Kempen ini menyediakan platform untuk menyampaikan cerita penuh makna, bertujuan dan menghubungkan komuniti BOSS. Bintang yang memberi inspirasi dengan kisah mereka tentang perkara yang diperlukan untuk menjadi BOSS anda sendiri telah mengambil perhatian. Pereka kandungan TikTok, Khaby Lame membintangi kempen ini, bersama pemain tenis Itali Matteo Berrettini, pelari Jerman Alica Schmidt dan peninju Britain Anthony Joshua.

Duta jenama global ini, yang diperkenalkan dalam kempen pada Januari lalu, masing-masing mempunyai perkongsian tersendiri dan koleksi kapsul rekaan bersama BOSS. Buat pertama kalinya dalam sejarah kempen BOSS, supermodel British dan ikon Naomi Campbell menyertai barisan kempen BOSS khas musim ini. Model Amerika Kendall Jenner, penyanyi rap Amerika yang terkenal di dunia Future, dan penyanyi dan pelakon Korea Selatan Lee Min-ho mencemerlangkan lagi penghasilan kempen. Mereka sempat berkongsi pandangan mereka mengenai perkara yang menjadikan BOSS. 

Naomi Campbell

Alica Schmidt

Kempen dihasilkan dengan menggunakan tiga warna utama, hitam, camel dan putih. Yang secara tidak langsung, membentuk nuansa warna untuk koleksi pakaian dan aksesori BOSS musim luruh/dingin 2022. 

See also
Fashion Face-Off: Siapa Lagi Bergaya? Kate Atau Sophie?

Artikel berkaitan: Valentino Garavani Tan-Go, Sepatu Terhangat Musim Luruh 2022