Beg 16 Nombor Keramat Ilham Hedi Slimane Buat Celine
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioPertama kali beg 16 ini menemui mata-mata fesyen adalah ketika Lady Gaga menggendongnya. Kemudiannya terlihat pula Angelina Jolie membawa beg yang sama dalam rona coklat. Sejak dia muncul dalam pasaran, beg 16 oleh Celine ini menggapai status klasik moden tersendiri. Ia adalah beg pertama yang direka oleh Hedi Slimane buat Celina. Rekaan yang lahir pada hari pertama Slimane masuk pejabat utama Celine yang terletak di 16, Rue Vivienne. Ia bagaikan satu penghormatan fesyen Slimane buat jenama cool asal Paris. Beg ini baru dikira baby dalam arena It-Bag namun, tiga tahun sahaja ia menjadi lambang status klasik moden dan kini terus diraikan dalam variasi pelbagai.


Lisa 
Lady Gaga 
Angelina Jolie 
Kiko Mizuhara
Ketika debut beg ini Ketua Eksekutif Celine menyifatkan yang Slimane bijak memperkasakan hasil kerjatangan artisan Celine. Pengarah Kreatif Celine ini mengembalikan rekaan beg-beg Celine pada era 60-an. Hujung beg direka lebih melengkung. Slimane juga bijak mengekalkan rekaan minimalist yang mana menjadi DNA rumah fesyen ini. Melangkah masuk musim bunga 2021, Hedi Slimane memperkenalkan Celine 16 strap. Ia adalah tali yang diperbuat menggunakan wool dan ditambah perincian kulit pada kedua-dua hujung tali. Lebih ikonik dengan gancu hujung tali ini pula direka dalam logo C untuk mengcangkuk beg. Ia memberi gaya lebih versatil pada beg ini. Bisa diletakkan pada bahu atau silangkan talinya melingkari badan.

Emma Roberts 
Cecilia Choi
Pautan Berkenaan: Lisa Blackpink Adalah Wanita Tercantik Di Asia, Ini Fakta Mengejutkan Tentang Dirinya
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.






