Mengenali Kekuatan Koleksi HardWear Oleh Tiffany & Co.
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioKoleksi ikonik HardWear oleh Tiffany & Co. mengubah maksud kecantikan menjadi sesuatu yang lebih bold dan membawa makna kekuatan yang mendalam.
Tiffany & Co. mempunyai banyak himpunan ikonik mereka. Tetapi yang satu ini mempunyai kekuatan yang tersendiri. Tiffany HardWear lahir daripada arkib rumah fesyen itu sendiri, koleksi ini pertama kali diilhamkan oleh sebuah gelang dari tahun 1971, yang direka dalam semangat Manhattan yakni bandar yang hiruk-pikuk, bebas, dan penuh dengan tenaga cinta yang bertransformasi. Dengan pautan rantai yang besar dan berani, bola-bola berkilat yang diperbuat daripada emas 18-karat, serta rekaan yang meminjam estetika industri namun tetap mewah, HardWear berdiri di persimpangan antara kerasnya sebuah bandar besar dan kehalusan kraf tangan yang tiada tandingan.
Koleksi ini pertama kali diperkenalkan pada 2017, dan mencipta fenomena dalam dunia barang kemas. Kerana seni rekaannya yang uniseks. Juga merangkumi pelbagai pilihan dari gelang dan rantai leher berpautan besar dalam emas kuning, emas putih, dan perak sterling, hinggalah anting-anting drop yang boleh dipakai dua cara. Bagi mereka yang mahukan eksklusiviti tertinggi, edisi terhad terbaru menghadirkan neklace dan gelang diperbuat daripada titanium hitam dan platinum bersalutkan berlian pavé dengan hanya 400 keping dihasilkan di seluruh dunia. Terkini, Natalie Portman yang diangkat menjadi duta buat jenama ini dirakam dalam koleksi HardWear. Dia juga membawa simbol kekuatan sebagai pelakon prolifik di Hollywood.
Bagi mendalami simbol kekuatan Tiffany HardWear ini, GLAM sempat menjemput dua wanita perkasa dan ikonik dalam satu acara intim. Ziana Zain dan Ning Baizura bukanlah nama yang lapuk. Bakat dan kebolehan mereka dalam dunia muzik terus berkembang dan menjadi satu idea paling relevan untuk berkongsi kepada wanita muda tentang melayari kehidupan sebagai wanita sekarang. Antara yang dikongsikan oleh dua penyanyi hebat ini adalah bagaimana sifat keibuan yang dilatakkan paling atas untuk mendidik anak-anak mereka.
Disamping perkongsian tentang hidup, GLAM turut membawa pengalaman bergambar paling glamor kepada tetamu yang hadir. Masing-masing dihiasi dengan barang kemas HardWear oleh Tiffany & Co.
Artikel Berkaitan: Keanggunan Eksotik ‘Toucan Paradise Bird’ Oleh Tiffany & Co.
Artikel Berkaitan
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Capri Season! Ketahui Cara-Cara Menggayakannya
Siapa di Barisan Hadapan Acara Louis Vuitton Men’s SS27
Menjengah Gaya Musim Panas Kate Spade New York 2026
Harry Styles Di Dalam Liga Fesyennya Yang Tersendiri
Beg Tangan Coach Pilihan GLAM Buat Gaya Musim Panas Anda
Laufey Dalam Kilauan Koleksi Ruban Oleh Chanel
Pilihan Bacaan Seterusnya
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Capri Season! Ketahui Cara-Cara Menggayakannya
Menjengah Gaya Musim Panas Kate Spade New York 2026
Siapa di Barisan Hadapan Acara Louis Vuitton Men’s SS27
Harry Styles Di Dalam Liga Fesyennya Yang Tersendiri
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.







