Amazona Yang Ikonik Kembali Merangkul Takhtanya
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioDiperkenalkan pada dekad 70-an, kini beg Amazona yang paling dirindui oleh peminat Loewe menjelma dengan saiz baharu.
Tuah nombor 75 bagi Loewe tahun ini. Pertama adalah tahun ini mereka menyambut ulangtahun ke-175 berada di dalam dunia pasaran mewah. Membangkitkan perayaan penting ini, Loewe masuk ke arkib mereka dan melahirkan beg ikonik Amazona mereka. Perlu tahu, yang beg ini pula pertama kali direka pada tahun 1975. Cukup bertuah beg ini menjadi rebutan sejak dekad 70-an. Kerana ia adalah antara beg pertama di dunia yang dijual dengan karakter boleh pakai dari siang hingga ke malam!

Beg yang sesuai untuk 24/7 ini memadukan nilai serbaguna juga masih kekal fesyen. Keluaran baharu, Loewe memperkenalkan Amazona 19 Square dan Amazona 28. Nombor-nombor ini adalah kelebaran beg ini dalam sentimeter. Rekaan kekal klasik berbentuk empat segi. Digarap menggunakan material nappa yang cukup lembut. Fokus pada zip yang lebar memberi kesenangan pada wanita yang hidup dengan gajet. lebih mudah laras!

Hembusan moden diberikan pada pemilihan rona yang mengikut rentak semasa. Pilihan palet seperti hijau avokado, kuning lime dan biru laut melembutkan stail harian wanita. Buat yang mahukan beg lebih bold, boleh tambah koleksi ini dengan permukaan dipenuhi anagram yang mencantumkan empat L. Beg Anagram Jacquard Amazona diperbuat menggunakan fabrik kapas yang tahan calar juga kalis air. Kekunci dengan corak anagram Loewe menambah rasa ranggi pada beg klasik. Setiap bahagian dalam bag diperkemas dengan sued serta tulangnya menggunakan kulit bermutu tinggi.
Pautan Berkenaan: Kendall Jenner Kini Bergelar Pengarah Kreatif FWRD
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
