Rimowa Hasilkan Bagasi Eksklusif ‘Never Still’
PADUAN KUALITI DAN STAIL PADA BAGASI RIMOWA NEVER STILL DICIPTAKAN UNTUK MENEMANI PERJALANAN YANG SARAT DENGAN GAYA. MENDEDIKASIKAN PARA JETSETTER YANG BANYAK RENCAMNYA.
Hujung tahun bakal tiba. Walaupun masih samar dengan situasi semasa, terdengar perkhabaran mengatakan yang kita bakal dibenarkan untuk keluar ke luar negara tidak lama lagi. Satu berita yang baik bukan? Menghampiri penghujung tahun, aktiviti melancong giat diperhatikan.
Aktiviti melancong bertambah sempurna dengan adanya serangkaian bagasi berkualiti untuk melancarkan perjalanan. Tiap kali terfikir tentang bagasi kembara, pasti RIMOWA yang terlintas di fikiran. Dan ya, RIMOWA hadirkan koleksi baharu yang menawarkan beg lembut pelbagai guna dan bentuk yang bervariasi, RIMOWA Never Still.

Koleksi bagasi ragam rupa yang mengutamakan keperluan pengembara masa kini, yang pelbagai kemahuannya. Reka bentuk yang moden, pelbagai kegunaan dan bersifat elegan untuk melancarkan perjalanan harian, sama ada untuk tujuan bekerja mahupun saat melancong ke destinasi percutian.
Rangkaian beg lembut RIMOWA Never Still, koleksi bagasi yang sempurna bagi wanita GLAM yang kerap bepergian singkat untuk urusan kerja, atau pun percutian singkat bersama teman-teman. Mungkin, girls trip ke Bali? Jelasnya, sebuah revolusi bepergian tercetus dengan terciptanya bagasi yang melengkapi kefungsian, pada masa yang sama aspek stail turut memaut.
RIMOWA Never Still merupakan koleksi bagasi yang dibuat daripada Itali dengan mempersonalisasikan uniseks. Rekaan beg tidak tertumpu pada satu gender sahaja, malah lelaki juga boleh membawanya. Pilihan warna yang bervariasi, seperti hitam, kelabu, cactus dan Desert Rose yang cukup universal. Terdiri dari tiga rekaan yang berbeza untuk kegunaan yang bergantung kepada pilihan masing-masing.


Eksterior beg yang tersendiri menjadi pendamping serasi buat kelompok jetsetter yang mahukan beg pelbagai fungsi. Setiap butiran dari koleksi RIMOWA Never Still ini memancarkan identiti segar. Menyuguhkan pembaharuan yang abadi bagi koleksi Never Still yang diramal menjadi pilihan utama pengembara di seluruh dunia.
Beg sandang, beg weekender dan beg dokumen Rimowa Never Still hadir dengan reka bentuk yang dinamik dan kukuh. Aspek-aspek mewah turut tersemat pada beberapa bahagian beg tanpa perlu kelihatan menonjol.
Ukuran beg yang tepat yakni lebih mudah dikenakan ini menjadi item yang lebih mudah diakses lebih ramai orang, dan tentu secara fungsi juga lebih versatil. Monogram dan logo RIMOWA dipaparkan pada bahagian tertentu dan tali beg yang fleksibel dilengkapi supata membolehkan pemilik menyimpan beg ke dalam bagasi utama mereka. Diperbuat daripada bahan premium seperti kanvas anti air dan sentuhan kulit ‘full-grain’ yang lembut dan kemasan halus.
Artikel berkaitan: A Future Together’, Jelajah Koleksi Fall ‘Ready-to-Wear’ 2021 Milik Salvatore Ferragamo
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
