HABIB Lancar Koleksi Terkini Rantaian Kasih Di Aidilfitri 2024 - Glam Malaysia
HABIB

HABIB Lancar Koleksi Terkini Rantaian Kasih Di Aidilfitri 2024

HABIB meneruskan legasi menyanjung khazanah warisan budaya Malaysia. Tahun ini, bertemakan Anyaman, HABIB sekali lagi mengetengahkan ikatan kekeluargaan yang erat sempena kempen Hari Raya yang diberi nama, Rantaian Kasih.

Baru-baru ini, jenama barang kemas mewah HABIB telah mengadakan majlis pra pelancaran koleksi Rantaian Kasih 2024 berserta memperkenalkan Duta Raya 2024. Bertempat di Hotel St. Regis Kuala Lumpur, majlis dimeriahkan dengan kehadiran tetamu jemputan istimewa, rakan media serta selebriti tanah air. Acara dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer Habib dan seterusnya tetamu diraikan dengan persembahan nyanyian daripada Hardy Arbi dan Wany Hasrita yang cukup istimewa.

HABIB

Dato Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB bersama Amar Baharin, Amyra Rosli, Ezzanie Jasny, Sharifah Rose, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa

Istimewanya koleksi Raya kali ini adalah di mana jenama ini memilih untuk mengetengahkan seni warisan anyaman sebagai inspirasi utama koleksi ini. Dato’ Sri Meer Habib berkongsi,

See also
15 Berlian Paling Ikonik & Bernilai Pada Era Ini

“Dalam pada kita meraikan hari lebaran, jenama kami memegang tanggungjawab untuk memelihara warisan berzaman dan memupuk orang ramai untuk terus menghargai kehalusan seni masyarakat Melayu. Justeru, kami membawa tema anyaman untuk kempen raya kali ini bagi menghidupkan kembali seni warisan dan memastikan ianya tidak tenggelam ditelan zaman. Silangan rapi dan ketelitian pada setiap sisi anyaman melambangkan ikatan kekeluargaan, tradisi dan kekayaan budaya, dan ianya sangat sinonim dengan Kempen Raya kami, yang dikenali sebagai Rantaian Kasih.”

HABIB

Bukan sekadar memperlihatkan koleksi istimewa ini, para tetamu yang hadir turut tidak sabar untuk menantikan pengumuman duta terkini kempen Raya 2024. Kali ini, jenama lokal ini memilih Amyra Rosli bersama keluarganya, Sharifah Rose dan Ezzanie Jasny sebagai wajah terkini mereka. Hadir dalam latar belakang berbeza, HABIB sangat menitikberatkan aura dan karisma sewaktu pemilihan wajah kempen, dan memastikan mereka dapat menggayakan barangan kemas dengan baik. Kesemua duta merupakan individu yang mempunyai semangat yang tinggi serta personaliti yang baik dan disenangi ramai. Gabungan duta-duta raya pada tahun ini menambahkan kemeriahan dan melengkapi konsep Rantaian Kasih 2024.

See also
3 Aksesori Fesyen Wajib Ada Dalam Setiap Gerobok Anda

Peminat setia HABIB pastinya tahu akan Koleksi Oro Italia 916 yang cukup popular. Kali ini, mereka hadir dengan gaya yang lebih terkini dan berwarna-warni. HABIB juga menampilkan pelbagai koleksi eksklusif berlian, termasuk rekaan yang diinspirasikan seni anyaman yang menitikberatkan daya ketelitian dan sentuhan kehalusan pada coraknya. Koleksi anyaman ini dipadankan bersama mutu emas 750 (18K), untuk memastikan kekukuhan berlian yang ditatahkan memancarkan kilauan yang sempurna di Hari Lebaran.

Jangan lupa untuk kunjungi butik HABIB dan mendekati koleksi serta kempen terbaharu daripada jenama ini bermula 12 Mac sehingga 9 April 2024!