Riccardo Tisci Diumumkan Sebagai Ketua Pegawai Kreatif Baru Burberry

Riccardo Tisci
Burberry telah mengumumkan perlantikan Riccardo Tisci sebagai Ketua Pegawai Kreatif mereka berkuatkuasa 12 Mac ini.
Selepas 17 tahun, Christopher Bailey mengumumkan peletakan jawatannya di Burberry pada tahun yang lalu dan telah mempersembahkan koleksi terakhirnya untuk rumah fesyen ini dengan koleksi Luruh/Sejuk ’18 semasa Minggu Fesyen London baru-baru ini.
Tisci yang meninggalkan Givenchy pada tahun lalu juga bakal membawa dirinya ke London untuk menguruskan urusan kreatif di Burberry. Koleksi pertamanya bakal dipersembahkan pada bulan September ini.
“Riccardo adalah antara pereka yang berbakat zaman ini. Rekaannya mempunyai elemen elegan yang juga kontemporari dan kebolehannya dalam menggabungkan streetwear dan high fashion adalah sesuatu yang relevan dengan pengguna produk mewah. Visi kreatif Riccardo juga akan memperkukuhkan cita-cita Burberry dan menguatkan posisi jenama,” nyata ketua eksekutif Burberry, Marco Gobetti.
Tisci juga menyatakan keterujaannya untuk menyertai pasukan Burberry dan bekerjasama semula dengan Gobbetii yang merupakan bekas CEO di Givenchy sebelum ini.
“Saya sangat menghormati warisan British yang ada pada Burberry dan tarikan global jenama ini. Saya juga merasa teruja dengan potensi yang ada pada jenama luar biasa ini,” ujar Tisci dalam kenyataan rasmi.
Artikel Berkaitan
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpiece...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
