Related Stories
Jennie BLACKPINK dan V BTS Bermesra di Kota Paris, Benar atau Palsu?
Dua bintang pop terbesar Korea Selatan, Jennie BLACKPINK dan V BTS, dilihat bermesra bersama di sekitar kota Paris beberapa hari yang lalu. Persoalannya, adakah itu video sebenar atau palsu semata-mata?
Sudah lebih setahun Jennie BLACKPINK juga V BTS menjadi bualan ramai dan terus-menerus dikatakan memiliki hubungan istimewa di antara mereka berdua. Ini kerana tular pelbagai gambar yang memaparkan mereka berdua dirakam bersama. Namun, gambar-gambar yang tersebar dikatakan adalah gambar yang dicuri oleh peminat yang berani menggodam telefon kedua-dua bintang ternama ini.
Oleh kerana itu, pelbagai spekulasi tentang kesahihan gambar-gambar yang telah tersebar. Ada yang mengatakan Ianya gambar suntingan demi memuaskan hati peminat yang gemar melihat mereka berdua bersama. Dan ada yang percaya ianya adalah gambar betul. Namun, baik YG Entertainment mahupun HYBE langsung tidak memberikan respon yang utuh terhadap kenyataan yang tular setahun lamanya. Kata mereka, itu adalah kehidupan privasi milik artis di bawah naungan mereka.
Walaubagaimanapun, semalam kecoh sedunia apabila sebuah video tular di TikTok dan beberapa platform media sosial yang lain memperlihatkan Jennie dan V berjalan berpegangan tangan di Kota Paris lewat malam beberapa hari yang lalu.
Video Tular Jennie BLACKPINK dan V BTS Di Rakam Jurugambar Profesional
Susuk tubuh memang seakan Jennie juga V, bahkan pakaian yang disarung mereka ini sememangnya milik kedua-dua artis ini. Saksi yang juga perakam video tersebut adalah seorang jurugambar berbangsa Perancis bernama Amar Taoualit.

Video yang dimuat naik itu pada 17 Mei yang lalu menjadi debat peminat seluruh dunia sama ada benar ataupun tidak sosok tersebut adalah milik dua bintang K-Pop ini. Namun, jurugambar tersebut berkongsi dan mengesahkan yang itu adalah benar. Malah dia turut memuat naik gambar yang lebih jelas menunjukkan wajah mereka berdua yang telah dirakam oleh jurugambar yang lain.
Amar Taoualit turut mendedahkan yang video dirakamnya itu terjadi pada 15 Mei, dia mengambil masa 2 hari untuk memuat naik video tersebut kerana memikirkan keselamatan dua artis tersebut. Ramai yang masih tidak mempercayai tentang kebenaran video ini. Ada yang mengatakan itu adalah sekadar peminat cosplay yang berpakaian seperti Jennie juga V BTS.
Tular Video Lain…
Sebuah lagi video tular di mana pada malam yang sama kelihatan mereka berdua berada di lokasi lain serta ditemani pengurus masing-masing! Ini memperkuatkan lagi spekulasi hubungan mereka.
https://www.tiktok.com/@hoiantnn/video/7234373424003501313?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7234383077861312002
Semalam YG Entertainment juga HYBE telahpun mengeluarkan kenyataan dan masih berpegang teguh dengan kenyataan di mana mereka tidak akan masuk campur tentang kehidupan privasi artis naungan mereka.
Bagaimana pula dengan pendapat anda?
Pautan Berkaitan: Jennie Blackpink & V BTS Dilamun Cinta?
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
