Nama Anak Puteri Eugenie Membawa Makna Tersendiri - Glam Malaysia

Nama Anak Puteri Eugenie Membawa Makna Tersendiri

Cucu Ratu Elizabeth II, Puteri Eugenie dan suami telah melahirkan anak pertama mereka pada 9 Februari 2021 di kota London, United Kingdom.

“Kami mahu memperkenalkan August Philip Hawke Brooksbank kepada anda,” tulisan Puteri Eugenie melalui akaun Instagram miliknya.

Pada 9 Februari 2021, Puteri Eugenie bersama suaminya, Jack Brooksbank telah dianugerahkan cahaya mata pertama mereka di Hospital Portland, London. Tambahan anggota baharu keluarga kerabat diraja United Kingdom ini merupakan cucu pertama Duke of York dan Sarah, Duchess of York, dan cicit kesembilan buat Ratu Elizabeth dan Duke of Edinburgh.

Melalui akaun Instagram miliknya, Puteri Eugenie telah memuat naik sebuah gambar bersama suami untuk memperkenalkan nama putera baharu mereka. August Philip Hawke Brooksbank telah dipilih oleh pasangan tersebut yang mempunyai makna yang tersendiri.

Pilihan nama Philip adalah sebagai penghormatan kepada suami Ratu Elizabeth II. Putera Philip yang sudah berusia 99 tahun telah dimasukkan ke Hospital King Edward VII sejak minggu lalu selepas berasa kurang sihat selama beberapa hari. Duke of Edinburgh akan kekal berada di hospital sehingga minggu hadapan.

See also
Royal Drama Antara Meghan Markle & Kate Middleton?

Manakala August pula diambil daripada nama suami Ratu Victoria. Ia memberi penghormatan kepada nama tengah milik Putera Albert iaitu Augustus. Hawke pun adalah nama keluarga Brooksbank.

August Philip Hawke Brooksbank dilahirkan pada kedudukan ke-11 pewarisan takhta keluarga diraja Windsor. Walau bagaimanapun, kedudukannya turun ke tangga ke-12 selepas Duke dan Duchess of Sussex, Putera Harry dan Meghan Markle mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata kedua.

Walaupun August Philip Hawke Brooksbank dilahirkan oleh seorang puteri, dia tidak akan menjadi His Royal Highness ataupun memegang mana-mana gelaran. Hanya Ratu Elizabeth II sahaja yang mempunyai kuasa untuk memberikan gelaran kepadanya, kerana August dilahirkan melalui keturunan diraja wanita.

Pasangan itu telah berkahwin pada Oktober 2018 di St George’s Chapel, Windsor Castle.

Foto: Instagram @princesseugenie

Baca lebih lanjut: Rihanna Umum Buku Edisi Terhad Bernilai RM5,615.