Kenali Lima Peragawati Androgini

Kenali Lima Peragawati Androgini

Mereka memecah binari jantina dunia fesyen dengan lagak maskulin sehingga turut dipilih untuk memperagakan koleksi lelaki. Lima peragawati dengan pesona androgini ini sudah tentu mampu mengabur mata anda dengan lagak cukup bersahaja.
 

RainDove1Gambar: (kiri) Emmie America/Facebook Rain Dove, (kanan) TPGVIP

 
1. Rain Dove
Membesar di sebuah bandar kecil di Vermont, Rain Dove memulakan karier modelling kerana kalah dalam sebuah pertaruhan bersama rakan lantas memaksa dirinya untuk mencuba casting call bersama Calvin Klein. Dia kemudiannya mengikat kontrak dengan sebuah agensi pada tahun 2013 dan mula berjalan di pentas Minggu Fesyen New York. Wajahnya yang maskulin mula mencuri perhatian lebih-lebih lagi ketika dia dilihat memperagakan kedua-dua koleksi wanita dan lelaki. Terbaru, dia dipilih untuk menghiasi kempen sebuah jenama pakaian lelaki bersama salah seorang peserta America’s Next Top Model.
 

Mandatory Credit: Photo by Gregory Pace/BEImages (1809945an) Elliott Sailors 'Big Sur' film screening, New York, America - 28 Oct 2013Gambar: (kiri) TPGVIP, (kanan) Liz Teich

 
2. Elliott Sailors
Merupakan bekas peserta ratu cantik dari Tuscon, Arizona, Elliot Sailors kemudiannya melangkah ke dunia peragawati dengan mengikat kontrak bersama Ford Models. Namun dia sering merasakan wajahnya seakan lelaki yang disolek dan berpendapat raut wajahnya adalah lebih maskulin. Terus dia mengambil keputusan untuk bertukar imej dengan memotong pendek rambutnya dan mengubah arus karier dengan memperagakan pakaian lelaki.
 

See also
"Less Is More." - Datin Nadia Mustaffa

Louis Vuitton Paris RTW Fall Winter 2015 March 2015Gambar: TPGVIP

 
3. Tamy Glauser
Memiliki struktur tulang menonjol dengan lagak cool bersahaja, peragawati berasal dari Switzerland ini mencuri perhatian ketika melewati pentas Musim Luruh/Sejuk 2015 Louis Vuitton. Menerusi sebuah temubual dia menjelaskan mengenai rupanya yang maskulin, “When you’re unique, it can be that much harder to break into things. Namun saya gembira menceburi bidang ini kerana ianya membolehkan untuk saya berkomunikasi dan bekerjasama. Saya boleh menjadi diri sendiri dan berpeluang untuk melakukan perkara hebat yang saya sendiri tidak sangka boleh lakukan. Fashion just keeps surprising me!”
 

Louis Vuitton Paris RTW Fall Winter 2015 March 2015Gambar: (kiri) TPGVIP, (kanan) Unique Models

 
4. Erika Linder
Bakat Erika Linder mula dicungkil di negara kelahirannya Sweden ketika dia menghadiri sebuah konsert sewaktu berumur 14 tahun. Namun kariernya hanya bermula ketika usianya menginjak 21 tahun. Paling menarik, photoshoot pertama dijalaninya adalah dengan beraksi sebagai Leonardo DiCaprio dalam filem “The Basketball Diaries”. Menurut Erika, dia sendiri yang mahu menonjolkan pesona lelaki dan wanita dalam karier modelling-nya. Wajahnya semakin dikenali selepas membintangi video muzik Katy Perry, “Unconditionally” dan terbaru, dia turut menjadi pilihan Nicolas Ghesquiere untuk berjalan di pentas Louis Vuitton.
 

See also
North West Duduk Di Baris Hadapan Pentas Balenciaga

Harmony Boucher222Gambar: Instagram Harmony Boucher

 
5. Harmony Boucher
“But, seluar jean hitam, t-shirt, hoodie dan blazer adalah pakaian saya setiap hari,” jelas Harmony Boucher yang merupakan antara peragawati androgini yang sering menghiasi editorial majalah fesyen terkenal. “Saya seorang yang tomboi. Tetapi saya juga seorang wanita and I like feeling like one, walaupun hanya untuk majlis istimewa.”