Jessica Chastain Halang Stigma Kecantikan! - Glam Malaysia

Jessica Chastain Halang Stigma Kecantikan!

 

Selain kariernya sebagai antara selebriti A-list terbesar Hollywood dan stail peribadi yang effortless, apabila berbual tentang Jessica Chastain, beliau juga bersinonimkan mahkota merah terang. Walaupun beliau menukar gaya dandanannya serta paras rambut, tona merah itu masih dikekalnya. Tetapi mengapa?

 

Jessica mendedahkan kepada Refinery29 bahawa beliau gemar mengekalkan rona itu kerana ia menonjolkan dirinya dalam industri itu, serta secara tidak langsung, membuatnya lebih istimewa. “Semasa kecil, saya enggan tampil lain dari orang lain — saya ingin kelihatan seperti yang lain kerana tidak mahu dicicirkan. Saya sering dipandang hina kerana mempunyai rambut merah; kerana freckle. Tetapi apa jua yang menyebabkan anda dihina membuat anda berlainan. Anda akan bersyukur suatu hari nanti,” kata pelakon berusia 40 tahun itu. 

 

 

 

Bintang Tree of Life itu menambah bahawa beliau lebihkan penggunaan rambut palsu dari mewarnai rambutnya. Hal itu mendorongnya untuk lebih menjiwai watak kerana ia menukar rupa fizikal melalui tekstur dan garisan rambut. “Tatkala saya di atas kerusi solek dan penggaya rambut menyarungkannya [rambut palsu], saya dapat merasa karakter itu menular. Saya tidak menggunakan rambut palsu untuk vanity semata-mata; saya anggapnya sebagai suatu alat untuk berubah,” jelas rupawan ini.

See also
Ratu Pop, Madonna Muncul Semula Di Radar Muzik!

 

Jessica juga menerangkan bahawa rambut palsu bukan satu-satunya cara beliau mencerminkan watak dipegang — Jessica turut menggunakan haruman. “Buat filem Crimson Peak, watak saya adalah seorang penjahat. Ia juga lebih dari 100 tahun lalu. Saya mahukan wangian yang beraroma seperti apa yang wujud ketika itu, jadi saya gunakan minyak wangi bernada pepper, yang bagi saya merupakan penjelmaan energi karakter tersebut, serta sesuai buat zaman yang ditetapkan itu.”

 

Baru-baru ini, Jessica telah dinamakan sebagai wajah minya wangi terbaharu Ralph Lauren, Woman by Ralph Lauren.