fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kolaborasi Eksklusif Laverne Cox dan Beyoncé
George & Amal Clooney Dermakan RM4.28j Buat Kekangan Keganasan
Saksikan Penampilan Post-Pregnancy Beyoncé!
Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Mangkat
Shailene Woodley Ditangkap Atas Tuduhan “Criminal Trespassing”
Home > Uncategorized > Gemma Ward Perjelas Sebab Dia Berehat Dari Dunia Peragaan

Gemma Ward Perjelas Sebab Dia Berehat Dari Dunia Peragaan

Mercedes-Benz Fashion Week Australia 2015 - Ellery - ArrivalsGambar: TPGVIP

 
Setelah enam tahun mendiamkan diri dari dunia peragaan, Gemma Ward membuat kemunculan mengejut dengan berjalan di pentas musim bunga/panas 2015 Prada yang lalu.
 
Menerusi temu bual bersama news.com.au, Gemma menjelaskan mengenai perkara itu. “Saya mencuba benda lain jauh dari dunia peragaan dalam usaha untuk mencari diri saya sendiri. Selain itu, saya turut meneroka perkara yang merupakan sebahagian dari diri saya iaitu melukis serta menulis dan bermain muzik. Ianya bukanlah dalam perancangan asal untuk berehat dalam jangka masa yang lama tetapi saya amat berpuas hati dengan waktu yang diambil kerana ianya amat berbaloi.”
 
Mengenai comeback yang dilakukannya, dia berkata “Saya merasa lebih konfiden dan memikirkan sudah tiba masanya untuk berkongsi diri saya dengan dunia.”