fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Vibe Sci-fi Kempen Kendall Jenner Buat Adidas
Frontman Linkin Park, Chester Bennington, Meninggal Dunia
Kemilau Intan Permata Kolaborasi Allove Diamond dan SK Jewellery
Perompak Acu Pistol di Kepala Kim Kardashian
Kembara Marion Caunter Ke New York
Home > Uncategorized > Jay-Z Merayu Kepada Beyoncé Untuk Tidak Meninggalkannya

Jay-Z Merayu Kepada Beyoncé Untuk Tidak Meninggalkannya

Foto: Mike Coppola/Getty Images

Baru-baru ini Jay-Z telah mengeluarkan album, 4:44,  yang dikatakan jawapannya kepada album Lemonade oleh Beyoncé yang menceritakan keperitan hati yang wanita itu lalui selepas suaminya menduakannya bersama “Becky with the good hair.”

I apologise, often womanise, took my child to be born, see through a woman’s eyes. Took for these natural twins to believe in miracles. Took me too long for this song. I don’t deserve you.

Album itu juga turut mengesahkan perbalahannya bersama Kanye West.

 

Sejurus selepas itu, dia mengeluarkan pula sebuah dokumentari mini sebagai kesinambungan kepada 4:44 yang menceritakan dengan lebih terperinci akan kesalahannya terhadap isterinya: Footnotes for 4:44.

 

“Ini kehidupan sebenar saya. Saya terjumpa tempat ini dan kami bina hubungan ibarat rumah agam yang besar dan cantik yang sebenarnya dibina bukan 100% atas kebenaran dan ia mula retak. Banyak perkara mula berlaku sehingga boleh dilihat oleh pihak umum,” nyata Jay-Z dalam video yang dikeluarkan di Tidal.

 

Ura-ura mula tersebar liar apabila klip video Solange Knowles, adik Beyoncé, menyerang Jay-Z secara fizikal tatkala mereka berada di dalam lif sewaktu Met Gala 2014, menyebabkan mereka menyepi daripada pihak media buat seketika waktu.

 

Jay-Z juga turut berkongsi kisah dia merayu kepada Beyoncé untuk kekal di sisinya.

 

Dia juga sedar untuk menyelamatkan hubungannya, kejujuran adalah kunci kepada segalanya. Beyoncé juga merupakan individu pertama yang mendengar keseluruhan album 4:44.