Kembara Cinta Emma Maembong Dan Kamal Adli Sampai Ke Penghujungnya
Selepas tiga tahun menjalinkan hubungan romantik, pelakon tempatan kegemaran ramai Emma Maembong, 25, dan Kamal Adli, 31, sudah tidak lagi bersama kini mengikut laporan BH Online.

Foto Instagram/emma_maembongofficial
‘Saya sudah tahu siapa Kamal yang sebenarnya dan hubungan kami putus,’ nyata Emma Maembong, atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Embong perihal status hubungannya kini.
Selain itu Emma juga tidak menolak dakwaan hubungannya berakhir akibat penglibatan pihak ketiga yakni seorang lagi pelakon Zahirah MacWilson, 22, yang terkenal dengan lakonannya dalam drama bersiri Duda Pujaan Dara bersama Kamal.

Set penggambaran Duda Pujaan Dara
Ura-ura mengatakan hubungan mereka goyah kebelakangan ini tersebar selepas laporan mendakwa Zahirah dan Kamal masih berhubung walaupun sesi penggambaran drama tersebut sudah tamat.
“Bila tanya ada keluar dengan Zahirah, dia tak nak mengaku, kenapa dirahsiakan. Bila kantoi baru nak minta maaf,” nyata Emma lagi.
“Sebagai pelakon, semestinya saya memahami kerjaya sebagai anak seni. Bagi saya, chemistry yang tercipta antara pelakon, habis sebaik saja kamera dipadamkan dan tidak harus berpanjangan hingga ke luar lokasi. Kalau betul kemesraan di tunjukkan atas urusan kerja, kenapa perlu sorok seperti menyembunyikan sesuatu? Saya tidak boleh bersama dengan orang yang menipu dan kemudian menuding jari supaya kesalahan diletak pada bahu orang lain.”

Foto Instagram/zahirahmacwilson
Namun hal ini menjadi lebih complicated apabila Kamal dan Zahirah mula menyalahkan masing-masing dan membuatkan situasi ini secara tidak langsung sebagai kes he said, she said.
Kecewa dengan berita yang tersebar ini Zahirah membuat keputusan untuk berkongsikan cetakan skrin (yang kini sudah didelete) perbualan antara dirinya dan Kamal pada akaun Instagramnya dan diikuti dengan satu lagi pos baru.
A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on
[envira-gallery id=”73092″]
Klik untuk imej lebih jelas.
“Saya terpaksa muat naik status ini kerana saya sudah penat berdiam diri dan dipersalahkan,” ujar Zahirah.
“Isu ini sepatutnya sudah selesai sebab kami semua sudah berjumpa minggu lalu.”
Emma juga turut berkongsikan hal ini telah diselesaikan apabila mereka bertemu untuk berbincang (Emma, Kamal, Zahirah, dan Zul Arifin) tentang hal ini.
Kamal pula menyatakan dia sendiri sudah penat menjawab segala pertanyaan.
“Saya tidak perlu komen kerana perkara ini hanya akan menampakkan kami bodoh sahaja,” nyata aktor lelaki itu.
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
