Letupan Ikutan Konsert Ariana Grande Mengorbankan 19 Orang - Glam Malaysia

Letupan Ikutan Konsert Ariana Grande Mengorbankan 19 Orang

Foto: Dave Thompson/Getty Images

Lebih kurang 19 orang sudah disahkan maut manakala 50 lagi cedera ikutan satu letupan yang berlaku di Manchester Arena di England di mana penyanyi pop sensasi Ariana Grande selesai persembahan untuk konsert jelajahnya.

 


 

Polis Manchester kini mengambil langkah-langkah berjaga dan menganggap ini adalah satu tindakan keganasan.

 

Foto: Dave Thompson/Getty Images

Beberapa orang saksi menyatakan yang mereka mendengar dua letupan kuat yang datang daripada bahagian belakang arena tersebut dan pihak polis di sana masih lagi belum boleh mengesahkan sumber letupan tersebut.

 

Mereka yang menghadiri konsert tersebut terdiri daripada golongan remaja dan kanak-kanak dan beberapa lagi orang saksi melaporkan bahawa keadaan di luar kecoh dengan ibu bapa yang menunggu di luar sambil mencari anak-anak mereka.

 

“Terdapat satu letupan sewaktu penghujung konsert. Lampu sudah dibuka dan kami tahu bahawa ini bukan sebahagian daripada konsert ini. Pada mulanya kami  fikir ia sebagai letupan bom. Asap juga banyak. Orang ramai mula berlari keluar. Apabila kami keluar daripada arena tersebut, terdapat beberapa dozen van polis dan beberapa ambulans,” nyata seorang laig saksi kepada The Guardian.

See also
Brad Pitt Sudah Jumpa Cinta Baru Dalam Hidupnya Selepas Angelina Jolie?

 


 


 


 

GLAM mengucapkan takziah kepada mereka yang terkorban dan mengharapkan perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin.