Tema 50an Buat Baby Shower Serena Williams! - Glam Malaysia

Tema 50an Buat Baby Shower Serena Williams!

 

Bagi mereka yang tidak tahu, Serena Williams telah mengadakan baby shower pada hari Sabru lalu. GLAM tidak terpegun akan barisan tetamu high profile yang menghadiri — that’s a given — tetapi akan temanya, iaitu era 50an!

 

Rakan-rakan berstatus selebriti ratu tenis itu, seperti Eva Longoria, Ciara dan La La Anthony memeriahkan lagi majlis intim tertutup di restoran Nick’s 50’s Diner di antara kawasan tersohor di Florida, West Palm Beach. 

 

 

 

Bakal ibu itu kelihatan stailish seperti biasa, walaupun sedang sarat mengandungkan zuriat pertamanya! Serena mengikuti tema sedia ada dengan mengenakan blaus 50an, serta sepatu hitam putih dan skirt berona kuning terang. Bintang tenis itu melengkapkan look beliau bersama hiasan bandana merah serta sekalungan mutiara!

 

Tetamu lain juga tidak kurang bergaya: Eva menyarungkan gaun polka-dot berwarna merah dan hitam, manakala Ciara pula menggayakan skirt kelabu bervolum dengan motif poodle merah jambu di tepi. La La memakai blaus plat berkotak dan kaca mata hitam. Adinda si bakal ibu, Venus Williams mengenakan dress hitam putih dan topi merah, matching bersama kasut tumit tinggi merahnya!

See also
Disebabkan Komen Seorang Lelaki, Kylie Jenner Menyuntik Bibir

 

 

Wanita-wanita Hollywood ini turut menggunakan prop-prop bernada 50an buat berfoto, termasuklah kereta vintaj merah dan jukebox di samping menggunakan hashtag #ShakeRattleandRoll2017, khas buat majlis meriah itu!

 

 

Serena, 35 bakal menyambut bayi pertamanya bersama tunang beliau, Alexis Ohanian, iaitu salah seorang pengasas Reddit. Mereka masih belum ketahui jantina cahaya mata mereka itu, namun Alexis pernah berkata bahawa beliau jangkakan bahawa Serena akan melahirkan seorang puteri semasa di rancangan Jimmy Kimmel Live!.

 

Pasangan tersebut bertunang pada bulan Disember tahun lalu, selepas lebih setahun bersama.