Zac Posen Juga Enggan Menggayakan Melania dan Ivanka Trump - Glam Malaysia

Zac Posen Juga Enggan Menggayakan Melania dan Ivanka Trump

Pereka fesyen dari Amerika Zac Posen menyertai barisan pereka-pereka fesyen yang enggan menggayakan Melania dan Ivanka Trump.

 

Foto: Marcus Owen/startraksphoto.com

Dalam satu temubual ekslusif bersama The Daily Beast Posen membincangkan isu-isu politik dan pendirian beliau terhadap topik menggayakan wanita-wanita Trump.

 

“Saya rasa semua orang mempunyai tanggungjawab terhadap politik. Semua orang mempunyai suara, sama ada dalam fesyen mahupun industri lain,” terang pereka fesyen ternama itu.

 

Posen sebelum ini pernah menggayakan kedua-dua Ivanka dan Melania dan apabila ditanya mengenai peluang beliau untuk menggayakan wanita-wanita tersebut dia menyatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menggayakan mereka dengan rekaannya.

 

Foto: Anthony Behar

“Buat masa ini, saya cuba untuk tidak melibatkan jenama saya ke dalam isu politik. Ada isu-isu yang sedang dipersoalkan dan membuatkan saya berasa sedih: hak-hak LGBT, immigrasi, pembiayaan untuk seni, Planned Parenthood dan hak-hak wanita. Isu-isu ini amat bermakna bagi saya dan saya menggunaka suara saya sendiri bagi berjuang demi mereka dan untuk menyokong mereka. Saya rasa ia penting untuk menggunakan suara anda sendiri. Saya juga rasa bahawa setiap jenama dan individu mempunyai hak untuk bersuara,” nyata Posen lagi.

See also
Kronologi Bekas Teman Lelaki Superstar Model Gigi Hadid

 

Posen yang berasa sangat kecewa dengan keadaan sekarang cuba untuk menjadi lebih optimis dan percaya bahawa kebebasan akan menang.

 

Dia juga menyatakan bahawa dia tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Ivanka dan Melania daripada membeli pakaiannya di butik-butiknya.